IPOH – Pemimpin Pas diminta lebih realistik dan tidak memasang angan-angan mengambil alih pemerintahan di Johor daripada Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kekuatan parti itu belum mampu menandingi BN.
“Janganlah mereka bermimpi di siang hari untuk mengambil alih Kerajaan Negeri dengan kekuatan yang ada pada mereka masa ini dan saya nasihatkan mereka lupakan hasrat itu.
“Pada saya, apa yang boleh saya katakan mereka hanya berangan-angan kosong kerana kita di Johor bersedia memastikan Johor tetap menjadi benteng BN khususnya Umno itu sendiri,” katanya pada majlis Rapat 1Malaysia Warga Pendidik di Bangunan SUK Perak, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed Rabu lalu menyatakan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dilantik Menteri Besar Johor, sekiranya Pas menguasai negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Katanya, kenyataan pemimpin Pas yang mahu melantik Salahuddin MB bertujuan menyingkirkan Salahuddin dari kerusi di Kelantan.
“Inilah permainan orang Pas kerana orang di Kelantan sekarang sudah bising, jika mahu memerintah negara mengapa masih ada orang luar tidak bertanding di tempat mereka sendiri dan apa perlu bertanding di tempat lain.
“Rakyat juga mempersoalkan bagaimana Pakatan Rakyat (PR) nak memerintah negara jika semua pimpinan tertinggi tertumpu di Kelantan. Jadi kerana adanya fikiran yang sedemikian, rakyat tuntut mana-mana calon luar yang bertanding di Kelantan dikeluarkan dan oleh sebab tiada tempat maka keluarlah cerita nak bertanding di Johor untuk kerusi MB,” katanya.
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 10 Februari 2012
Pas jangan mimpi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan