Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Perutusan Hari Thaipusam 2012 berkata sejak 2008, banyak bantuan telah disampaikan untuk pelbagai keperluan masyarakat India serta agama Hindu di negeri Selangor.
Selain pembaikan infrastruktur, bantuan sosial untuk masyarakat India juga disampaikan dalam bentuk bantuan persekolahan dan latihan kemahiran. Peruntukan tahunan yang mencecah hampir RM20 juta kepada sekolah-sekolah Tamil sejak 2008 serta bantuan kebajikan meluas di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Permohonan tanah juga diluluskan untuk keperluan puluhan kuil Hindu.
"Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan. Secara
tradisinya dibuat di Batu Caves, satu daripada 10 ikon pelancongan negeri Selangor," kata Abdul Khalid.
Menuru beliau lagi,meskipun Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan jumlah penganut Hindu hanya membentuk 6.3% daripada pelbagai kepercayaan yang ada di negara kita, sambutan Thaipusam tidak pernah dipertikai atau dihalang dengan alasan ianya diamalkan oleh kelompok minoriti.
Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa realiti majmuk masyarakat Malaysia ini perlu dihargai. Bantuan dan kerjasama dengan masyarakat India akan terus diberikan mengikut kemampuan. Sesungguhnya segala perbezaan itu adalah lumrah dan mesti disantuni dengan baik.
"Semoga sambutan tahun ini berlangsung dalam suasana muhibah. Sekali lagi saya mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu," kata Abdul Khalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan