| Muhamad Zuhaili Saiman, | |
Isu di Syria yang semakin buruk kini menjadi perhatian dunia. Revolusi yang berlaku di Syria kini semakin parah apabila puluhan ribu umat Islam dibunuh, disembelih serta dizalimi secara besar-besaran oleh tentera di bawah pemerintahan rejim Bashar Assad.
Sehubungan dengan itu, PMRAM telah menghubungi pihak Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu di Syria serta memastikan bahawa keadaan mahasiswa Malaysia di Syria dalam keadaan yang selamat.
Rentetan isu di Syria, PMRAM bersama-sama dengan mahasiswa luar negara menyeru agar semua mahasiswa/wi cakna akan isu yang berlaku. Hal ini demikian kerana isu di Syria semakin kritikal apabila dilihat pembongkaran apabila rejim Bashar Assad didokongi oleh puak Syiah dalam membunuh umat Islam beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dilaporkan sehingga kini, Iran menghantar lebih 15 ribu bantuan askar dalam membantu tentera Syria membunuh rakyat Syria yang bangkit. Bahkan rejim Bassar Asad turut mendapat bantuan daripada Hizbullah di Lubnan.
Bukti-bukti jelas tersebar bahawa selain itu juga ia membabitkan campur tangan negara Russia dan China dalam menyalurkan bantuan senjata. Dan kini kita dapat lihat bagaimana umat Islam beraliran Sunni disembelih setiap hari seorang demi seorang.
PMRAM bersama-sama dengan mahasiswa luar negara membantah sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas umat Islam dan meminta Liga Arab serta OIC dapat memainkan peranan yang serius dalam menangani isu yang kini parah ini.
PMRAM juga akan mengadakan beberapa tindakan dalam masa terdekat:
1) Mengadakan Solat Hajat Perdana
2) Pelancaran Kempen Prihatin Syria
3) Kutipan sumbangan
Justeru, di peringkat mahasiswa di peringkat antarabangsa telah bersetuju untuk memperkasakan penerangan berkenaan isu di Syria agar mahasiswa/wi celik dan cakna dengan isu yang berlaku. Bahkan bersedia untuk memberikan bantuan bagi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Sebarang makluman terkini PMRAM akan menghubungi pihak PPMS sebagai persatuan induk mahasiswa Malaysia di Syria. Selain itu, PMRAM akan bersama-sama bekerjasama dengan GAMIS selaku suara mahasiswa di Malaysia dalam memainkan isu ini.
Penulis ialah Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan