HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 Februari 2012

Saya Tidak Layan Soalan Bentuk Pembohongan, Kata Guan Eng

Post Pic

ANTARA POS.COM


PULAU PINANG : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak kritikan beliau gagal menjawab soalan yang dikemukakan hadirin pada perbahasant dengan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, semalam, sambil menyatakan bahawa beliau tidak memberi reaksi kepada pembohongan.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu wartawan beliau tidak menyentuh soal samada kerajaan negeri telah menaikkan cukai pintu; mengapa DAP menyokong Hudud; dan jika ada tanah diperuntukkan kepada Sekolah Cina kerana semua dakwaan tersebut tidak benar.

“Adakah kita naikkan (cukai pintu)?...Chua Soi Lek Kata kita (DAP) sokong hudud..kita telah banyak kali meyatakan bahawa kita menentang hudud dan sebab itulah ia (hudud) tiada di Pulau Pinang. Awak tahu dan saya tahu," katanya kepada wartawan, di sini, hari ini.

"Kalau anda mahu menjawab kepada pembohongan, anda tidak akan ada masa untuk bentangkan dasar anda," ujarnya lagi.

Perbahasan di antara Dr Chua dan Lim berakhir dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menjawab persoalan mengenai pelaksanaan hukum Hudud oleh Pas dan juga beberap soalan berkaitan isu lain.

Debat sejam itu juga melihat kedua-dua tokoh lebih banyak mengeluarkan hujah-hujah berbentuk kempen bagi meraih undi dan bukan mengupas isu-isu yang berpaksi kepada tajuk perbahasan iaitu Mungkinkah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?

Guan Eng ditanya tiga kali oleh hadirin mengenai pendirian partinya bersabit hukum Hudud yang didokong oleh Pas dan mahu dilaksanakannya di Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Namun, beliau hanya berkata Pas tidak pernah “membunuh” walau seorang kaum Cina dan kerap menegaskan bahawa gagasan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR membela hak semua rakyat.
“Pakatan Rakyat bekerjasama atas dasar yang sama. Pas ada ideologi mereka, Dap ada ideoloji mereka sendiri tapi jangan lupa Pas tidak pernah membunuh seorang pun orang Cina. Inilah hakikatnya,” kata Guan Eng.
Kedua-dua tokoh itu menuduh parti masing-masing menjadi ayam tambatan - DAP kepada Pas, manakala MCA kepada Umno sehingga membelakangkan kepentingan kaum Cina.

Tiada ulasan: