HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 Februari 2012

Simpanan Tunai Selangor Cecah RM1.9 Bilion Akhir 2011

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab perbendaharaan negeri Selangor pada akhir 2011 meningkat kepada lebih RM1.9 bilion berbanding kurang RM500 juta pada 2007.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan perbendaharaan negeri termasuk rizabnya masih belum diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
“Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas selepas mesyuarat Exco Negeri, semalam.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah Jumaat ini.

Menurutnya, CF tersebut telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu, sekaligus menamatkan penantian hampir sembilan tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.

Tiada ulasan: