Oleh Norakmah Mat Youb dan Mohd Nasaruddin Parzi
Tabung Haji mahu pastikan sindiket ‘haji ekspres’ tak berulang
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan kakitangan yang menyelenggara sistem berkenaan lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakannya.
“Setiap mereka yang mendaftar haji melalui sistem akan tahu bila tarikh mereka pergi. Tetapi yang menjadi cepat ini apabila mereka (sindiket) cuba ubah tarikh untuk membolehkan individu dapat menunaikan haji dengan cepat berbanding waktu ditetapkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Cinta Masjid TV Al-Hijrah di Kampung Batu Muda di sini, semalam.
Beliau mengulas sindiket ‘haji ekspres’, yang dipercayai membabitkan beberapa pegawai dan kakitangan TH menawarkan giliran lebih cepat menunaikan haji.
Terdahulu, Jamil Khir berkata, Program Cinta Masjid diwujudkan bertujuan mengajak umat Islam mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.
Katanya, program yang dikendalikan TV Al-Hijrah ini akan berkunjung ke masjid terpilih di seluruh negara dengan konsep yang pelbagai dan menarik.
“Kita akan turun, bermula dengan Kuala Lumpur dan seterusnya akan beralih ke negeri lain setiap bulan. Pelbagai program diketengahkan termasuk selawat Nabi SAW, program zikir serta penampilan khas oleh Ustaz Don,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH, Anis Zuhani Ahmad, berkata TH akan melaksanakan penambahbaikan sistem sedia, bagaimanapun, ia hanya akan diumumkan pada Khamis ini.
“Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sindiket berkenaan kerana ia masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan