BERITA SEMASA
Bagi kami seorang ahli politik itu bukan
sahaja mesti pandai “buat kerja’ tetapi juga mesti berani berdepan dan
berhujah di hadapan rakyat melibatkan isu dasar yang dibawanya mahupun
pendapatan yang ingin dikongsikan melalui sesuatu isu. Itu namanya
peranan ahli politik.
Tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pendebat yang tampil berani iaitu wakil Bersih Datuk S. Ambiga dan juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin
yang mewakili aspirasi kerajaan untuk mengutarakan hujah masing-masing.
Tahniah sekali lagi terutamanya kepada Khairy Jamaluddin.
Sebelum ini beliau pernah berdebat dengan beberapa pemimpin politik yang lain termasuklah :
- Dengan Rafizi Ramli ” Dasar Awam: Wawasan 2020 – Malaysia bergerak ke arah yang betul? ” dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysia di United Kingdom
- Dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang, Kelantan
- Dan dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Al-Tantawi
Malam tadi berlangsung acara debat Ambiga VS Khairy Jamaluddin pada jam 8.00 malam secara live streaming dari The Club Bukit Utama Damansara melalui perkhidmatan MObTV.my (Semak Video DEBAT Di sini).
Ketua
Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersetuju berdebat dengan Datuk S.
Ambiga mengenai isu-isu pilihan raya di Pusat Konvensyen Sime Darby,
Bukit Kiara yang dianjurkan oleh akhbar MalayMail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan