MALAYSIA KINI
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata polis akan
mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur
tetap berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran
Merdeka pada hujung minggu ini.
"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain... jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," katanya.
Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di Putrajaya pada Khamis.
Ditanya apakah tindakan yang mungkin akan dilakukan polis sekiranya perhimpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur".- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan