Hazayani Zakaria, |
KUALA LUMPUR:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal terhadap
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang tidak memenuhi janji untuk
menyiasat aduan mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai
Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Presidennya, Mazlan Aliman (gambar) berkata, mereka menuntut tribunal tersebut kerana pelantikan pengerusi KPF mempunyai kaitan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Ini kerana Isa merupakan antara orang yang dilihat sangat bersungguh-sungguh untuk menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia.
Namun katanya, sehingga hari ini, SKM tidak pernah memanggil wakil Anak untuk membantu siasatan seperti yang dijanjikan.
"Hak tribunal yang kami bayar RM100, SKM berjanji akan buat tribunal dalam tempoh sebulan dan akan panggil Anak tapi sampai sekarang tak panggil.
"Macam mana isu besar melibatkan masa depan sebuah koperasi tiba-tiba tiada sebuah task force diwujudkan? Jadi saya fikir SKM tidak serius dan lemah dalam menangani isu-isu koperasi," katanya.
Hari ini Anak mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum kepada SKM untuk kali ketiga berhubung isu yang sama.
Ianya ekoran nasihat Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya yang mencadangkan Anak merujuk kepada SKM setelah menolak permohonan injunksi lapan pemegang saham KPF bagi menghalang KPF melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH.
Mazlan berkata, SKM seolah-olah tidak boleh diharapkan lagi untuk memelihara nilai dan prinsip koperasi dalam isu KPF sebaliknya dilihat menjadi alat kepada Isa untuk merealisasikan penyenaraian FGVH.
"Meskipun dua aduan telah dibuat namun tiada tindakan berkesan dilakukan. Pergolakan, pertikaian, injunksi mahkamah oleh pemegang saham KPF, mesyuarat agung KPF khas KPF dan situasi buruk ketika ini seperti diabaikan oleh SKM.
"Fungsi SKM adalah mempertahankan koperasi. Tapi prinsip KPFdilangar dan SKM tak dapat buat apa-apa. Apa harapan yang kita nak sandarkan pada SKM?" soalnya.
Beliau berharap selepas pertemuan hari ini, SKM dapat mengambil tindakan sebelum pengumuman "durian runtuh" oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mei ini.
"Kita harap SKM dapat bertindak sebelum 8 Mei ini sebab bila PM umum durian runtuh, tak ada guna lagi, nasi sudah jadi bubur," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan