Hari ini awal-awal pagi tadi kalangan
kakitangan awam sudah boleh menyemak akaun bank masing-masing untuk
kemasukan gaji baru SSM 2012. Dan dengan kenaikan gaji kakitangan awam 2012
ini, tengahari tadi beberapa institusi kewangan sudah mula menjadi
tumpuan di kalangan kakitangan awam, melibatkan urusan pinjaman bank….
Bukan semuanya begitu. Yang pastitnya,
inilah masanya untuk kakitangan awam struktur semula kewangan mereka dan
menggunakan peluang ini untuk menyimpan lebih banyak pendapatan mereka
di institusi kewangan yang terpilih, disamping dapat menampung kos sara
hidup yang semakin melambung tinggi ketika ini. Dan tidak lupa juga
tanggungjawab membayar cukai pendapatan sebelum tarikh akhirnya pada 15 Mei 2012 ini.
Walaubagaimanapun, apa yang ditakuti sekarang ini jika kalangan peniaga mula mengambil kesempatan dek kerana kenaikan gaji kakitangan awam
sehingga menyebabkan akhirnya kakitangan swasta dan yang berniaga juga
turut menerima tempiasnya. Walaubagaimaanapun, langkah ini boleh dikawal
sebenarnya pengutkuasaan yang ada sekarang ini dipertingkatkan lebih
awal dan sentiasa konsisten dalam membuat pemantauan daripada masa ke
semasa dalam suasana kenaikan gaji kakitangan awam 2012 ketika ini. Dan kerajaan awal-awal sudah pun memberikan jaminan di mana kenaikan harga tidak akan berlaku.
Kerajaan Jamin Kenaikan Harga Barang Tidak Akan Berlaku!!
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga barang ekoran kenaikan gaji kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dari tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peniaga yang menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah akan dikenakan tindakan.
“Kenaikan gaji tidak ada kaitan dengan kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang bergantung kepada faktor lain, misalnya barang basah seperti ikan dan buah-buahan ianya bergantung kepada faktor cuaca, barang import pula bergantung kepada harga daripada negara luar,” katanya.
“Kami telah menempatkan 1,500 pegawai pemantau harga kita di seluruh negara yang akan sentiasa memantau harga barang selepas PM mengumumkan kenaikan gaji.
“Kita ikut prosedur, mula-mula kita bagi ‘notis tunjuk sebab’, mereka akan jawab selama tujuh hari, kalau berpuas hati dengan jawapan mereka, kementerian tiada masalah. Tetapi jika kita tidak berpuas hati… denda sebanyak RM100,000 akan dikenakan untuk kesalahan kali pertama,” katanya.
P/S : Walauapapun, tahniah kami ucapkan
kepada kakitangan awam. Semoga dapat berkerja dengan lebih gigih lagi
selepas ini. Pada bulan Mei ini, giliran kakitangan swasta pula dijangka
bakal menerima berita baik mengenai kemaskini dasar gaji minimum ketika
ini yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib pada Hari Pekerja 2012
kelak
PP/S : Bagaimana dengan harga barang keperluan di tempat dan kawasan anda ketika ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan