Naib
Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa, pemberian tanah bekas
tapak ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields dekat Kuala Lumpur
kepada sebuah syarikat pemaju mempunyai kaitan dengan seorang senator
Umno.
Tanah yang dirujuk sebagai "PT 20 (Lot 18) Seksyen 94A Bandar Kuala Lumpur (DBKL)" diberikan kepada Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd sebagai pertukaran (land swap) membangunkan Balai Polis Jalan Travers yang tidak jauh dari situ, dakwa Izzah.
Izzah mendakwa, Senator Mariany Mohamad Yit antara anggota lembaga pengarahnya.
Senator itu bergiat sebagai ketua Wanita Umno Bukit Bintang dan pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Apakah kedudukan beliau mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan 'land swap' Lot 18?" tanya Izzah dalam kenyataannya hari ini.
Dakwanya lagi, Primamuda kini bercadang membangunkan tempat itu sebagai lot komersil yang didakwa bertentangan dengan dasar digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.
Pelan itu, menurut Izzah, menegaskan "tanah kerajaan digunakan bagi kegunaan kerajaan atau kemudahan masyarakat".
Senator pertahan urusniaga itu sah
Izzah turut sangsi jika harga tanah itu jauh lebih tinggi berbanding kos membina dua balai polis yang dibina sebelum itu.
"Berapakah kos yang ditanggung Primamuda Holdings dalam pembinaan Balai Polis Jalan Travers dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Lot 55)?
"Adakah ia setimpal dengan harga tanah IPD Brickfields di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18)?" soal ahli parlimen Lembah Pantai itu.
Sewaktu dihubungi Malaysiakini, Mariany menjelaskan urusniaga tersebut telah lama berlaku dan ia berjalan menurut prosedur yang sah.
"Urusniaga itu legitimate (sah). Saya akan baca dahulu berita dan bagi kenyataan kemudian," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan