HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 April 2012

Siswa ajak peserta BERSIH berkhemah awal


MALAYSIA KINI
Kumpulan mahasiswa dan aktivis yang berkhemah di Dataran Merdeka hampir dua minggu lalu bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran mempelawa penyokong BERSIH menyertai mereka di ibu kota bermula malam ini.

Solidariti Mahasiswa Malaysia dan "Occupy Dataran" dalam kenyataan bersama mereka meminta orang ramai berkumpul selama dua malam sebelum perhimpunan BERSIH pada 28 Apri ini.

NONE"Tiada lokasi yang lebih sesuai untuk kita, rakyat Malaysia untuk menghantar mesej yang kuat dan jelas bahawa kami datang bersama-sama untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih baik untuk semua.

"Kekuatan itu datang dengan bilangan yang ramai, maka marilah kita bersatu dan menghantar mesej yang kuat dan jelas bahawa kita hadir bersama-sama untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih baik untuk semua," kata dua entiti berbeza perjuangan tetapi berkongsi 'pentas' itu.

SMM menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma manakala Occupy pula terkenal dengan kegiatan memenuhi tempat tertentu bagi menyatakan tuntutan mereka.

Sejak perhimpunan anti-PTPTN pada 14 April lalu, kedua-dua kumpulan itu terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga hari ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran, termasuk diganggu kumpulan 'samseng' dan halangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: