Skandal Scorpene merupakan peringatan untuk pihak kerajaan, Naib Presiden PKR berkata, pimpinan Najib yang menyatakan keengganan menarik semula projek nadir bumi Lynas Corp ini akan memberi kesan kepada pengundi.
“Penduduk Kuantan tidak akan mengalah. Jika kehidupan kami terjejas, kami akan terus membangkang projek ini,” MP Kuantan menyatakan pandangan beliau.
“Dalam erti kata lain, ia berkemungkinan akan berakhir seperti kes Scorpene dalam mahkamah antarabangsa.”
Kes kapal selam Scorpene, yang dikatakan mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najub Razak dan kes pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shaaribuu pada tahun 2006, adalah dibawah pantauan mahkamah Perancis.
Fuziah, yang mengetuai protes membangkang projek RM2.5 billion bertempat di Estet Industri Gebeng, Kuantan, memberi respon kepada laporan semalam mengenai penolakan permohonan rayuan untuk membatalkan lesen projek Lynas Corp.
“Saya tidak teragak-agak untuk menunjukkan bahawa penduduk Kuantan akan mendapatkan perkhidmatan sivil Australia untuk menentang Lynas,” tegas Fuziah.
“Ini bagaimanapun, akan dilaksanakan jika isu ini tidak dapat diselesaikan di dalam negara,” tambah beliau.
Semalam, Kementerian Sains, Reknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili menolak rayuan penduduk Gebeng yang membantah keputusan kerajaan yang meluluskan lesen TOL untuk projek Lynas.
Sebaliknya, kerajaan telah mengenakan dua syarat baru di Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), memberitahu syarikat tersebut untuk mengemukakan satu rancangan melumpuhkan unsur-unsur radioaktif dalam sisanya, dan rancangan pengawalan habuk serta merta.
Sebagai respon, Fuziah berkata, “daripada berkeras untuk mengadakan Pelan Jangka Panjang Menguruskan Sisa Radioaktif , menteri seharusnya mengeluarkan dua keperluan lain yang boleh menjadi umum untuk alam.”
Beliau menambah keadaan tidak akan mampu untuk memastikan penduduk daripada radioaktif yang tidak akan nyata muncul di tapak atau tempat lain.
“Ini merupakan daripada 10 keperluan lain yang dikeluarkan oleh IAEA (International Atomic Energy Agency) memandangkan Lynas masih lagi dipertikaikan oleh penduduk setempat,” kata beliau.
Jurucakap kumpulan Anti-Lynas Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet mencerminkan sentimen-sentimen Fuziah, dengan bertanya “Cadangan-cadangan yang mana secara praktiknya pernah dilaksanakan sehingga selesai?”
“Dan kini, AELB dengan persetujuan MOSTI telah sepakat untuk meluluskan TOL untuk Lynas,”
tambah beliau.
Tan berkata, kumpulan tersebut akan berhadapan dengan cabaran keputusan kementerian di mahkamah.
“SMSL dan penduduk Kuantan yang mengambil berat akan memerhatikan kerajaan sepanjang prosiding mahkamah sehingga Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen mendedahkan penemuan siasatan.”
Najib berkata pada hari Rabu dimana Putrajaya telah membuat keputusan mengenai status nadir bumi Lynas Corp yang mencetuskan kontroversi, projek RM2.5 billion merupakan pencetus kepada protes daripada penduduk daripada kerusi dikawasannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan