"Sebenarnya musuh
yang kita takuti ialah diri kita sendiri. Yang harus kita lawan bukan
ISA, yang harus kita lawan ialah 'kita takut'. Musuh bukan ISA, musuh
ialah ketakutan diri kita."
Demikianlah
pandangan seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),
Hishamuddin Rais dalam forum berjudul "ISA: Penyeksaan yang sempurna",
semalam. Menurutnya, ISA bergerak di landasan ketakutan, dan apabila
rakyat melintasi landasan ketakutan ini, maka ISA tidak berkesan lagi -
menjelaskan mengapa ISA diumumkan pemansuhannya selepas 9 Julai 2011,
apabila rakyat sudah tidak takut dengan ISA.
Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia 2011. Bagaimanapun, akta yang zalim itu diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), yang telah diwartakan namun belum dikuatkuasakan. Lantaran daripada itu, terdapat 45 orang tahanan yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting sehingga hari ini.
Hishamuddin Rais pernah ditahan pada tahun 2001, dipercayai kerana keterlibatannya dalam gerakan Reformasi pada ketika itu. Beliau berkata, tujuan ISA adalah untuk "menakut-nakutkan", namun yang hendak ditakut-takutkan bukan orang yang ditahan, tetapi orang yang berada di sekeliling tahanan. Bekas pemimpin gerakan mahasiswa ini mengulas selanjutnya, seandainya dikaji pensejarahan ISA, ia digunakan sebagai senjata untuk mematahkan musuh politik, bukan sahaja di luar United Malays National Organisation (UMNO), seperti Parti Buruh yang terbunuh kerana ramai pimpinan utama ditahan sehingga parti itu gagal menyusun organisasinya sebagai parti pada zaman 1960-an, tetapi juga pemimpin dalam UMNO sendiri, misalnya Abdullah Ahmad (Kok Lanas), Abdullah Majid dan Abdul Samad Ismail.
Hishamuddin
Rais (gambar kiri) mengambil kesempatan mengusik Timbalan Presiden PAS
Mohamad Sabu, yang turut hadir sebagai panelis semalam, bahawa PAS pada
mulanya menyokong ISA ketika diperkenalkan kerana dijanjikan Abdul Razak
untuk diambil tindakan ke atas komunis sahaja, tanpa menyedari bahawa
ISA boleh menimpa dirinya. Perkembangan selanjutnya menyaksikan
bagaimana tangkapan secara besar-besaran, termasuk pimpinan PAS di bawah
ISA, menjurus kepada kesedaran masyarakat Melayu dan PAS secara
khususnya, bahawa akta ini adalah zalim. Beliau mengambil contoh
Operasi Lalang pada tahun 1987, di mana ratusan pimpinan politik,
agamawan, aktivis NGO dan sebagainya ditahan di bawah akta ini.
Mat Sabu: Negara dunia ketiga lawan rakyatnya sendiri
Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia 2011. Bagaimanapun, akta yang zalim itu diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), yang telah diwartakan namun belum dikuatkuasakan. Lantaran daripada itu, terdapat 45 orang tahanan yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting sehingga hari ini.
Hishamuddin Rais pernah ditahan pada tahun 2001, dipercayai kerana keterlibatannya dalam gerakan Reformasi pada ketika itu. Beliau berkata, tujuan ISA adalah untuk "menakut-nakutkan", namun yang hendak ditakut-takutkan bukan orang yang ditahan, tetapi orang yang berada di sekeliling tahanan. Bekas pemimpin gerakan mahasiswa ini mengulas selanjutnya, seandainya dikaji pensejarahan ISA, ia digunakan sebagai senjata untuk mematahkan musuh politik, bukan sahaja di luar United Malays National Organisation (UMNO), seperti Parti Buruh yang terbunuh kerana ramai pimpinan utama ditahan sehingga parti itu gagal menyusun organisasinya sebagai parti pada zaman 1960-an, tetapi juga pemimpin dalam UMNO sendiri, misalnya Abdullah Ahmad (Kok Lanas), Abdullah Majid dan Abdul Samad Ismail.
Mat Sabu: Negara dunia ketiga lawan rakyatnya sendiri
Bekas
tahanan yang ditahan dua kali di bawah ISA, Mohamad Sabu, bermula
dengan lontaran pandangan sinis. Mohamad Sabu, atau lebih dikenali
sebagai Mat Sabu, mendakwa sungguhpun negara Barat zalim ketika melayan
penduduk negara jajahannya, namun hak asasi rakyatnya dijaga.
"Negara
Barat beri kebebasan dan hak asasi di negaranya, tetapi dia tidak
peduli di negara yang dia jajah," sambungnya, "Dia (negara Barat) jaga
rakyat dia, dia lawan orang asing." Sebaliknya, di negara dunia ketiga,
keadaan lebih teruk kerana kerajaannya lawan rakyatnya sendiri.
Mat Sabu (gambar kanan) mengisahkan apa yang berlaku dalam satu ceramah di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu, memetik Profesor Tareq Ramadhan, cucu Hassan al-Banna, pengasas Muslim Brother Hood yang berucap mengisahkan penyeksaan dan pencabulan hak asasi terhadap tahanan yang berlaku di Guantanamo Bay oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Apabila sampai sesi soal jawab, seorang hadirin bertanya kepada Tareq Ramadhan, mengapa beliau hanya bercakap pasal Guantanamo Bay, sebaliknya tidak bercakap pasal penjara di Israel dan Palestine?
"Jawab Tareq Ramadhan, saya bercakap hal Guantanamo di Amerika kerana mereka yang memperjuangkan keadilan, hak asasi rakyat dan sebagainya. Saya tidak sebut di negara-negara Arab, kerana bagi dia (Tareq Ramadhan), negara Arab tak ada standard langsung dalam isu human rights. Penjara mereka tidak ada langsung peraturan, tak ada apa-apa pun nak dikatakan mengikut hak asasi manusia!"
Mat
Sabu menganggap ini pandangan yang tajam terhadap dunia Islam, lantas
mempersoalkan, "... Bagaimana kita nak lawan Israel, kita nak bebaskan
dunia Islam sedangkan negara orang Islam yang nak berperang dengan
Israel lebih zalim daripada Israel, di sudut menentang rakyatnya?"
Malah, Mat Sabu memetik cabaran seorang Menteri Israel, "Saya cabar rakyat di negara Arab datang duduk di negara kami, Israel, kamu lihat demokrasi di negara kami daripada kamu di negara kamu yang tak ada demokrasi langsung."
Pandangan-pandangan sedemikian menjurus kepada perkembangan seterusnya, misalnya Arab Spring yang kita saksikan dalam beberapa tahun ini. Sebelum beredar untuk ceramah selanjutnya, Mat Sabu memesan agar NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA terus memperkasakan dirinya, menyuburkan semangat "amar ma'ruf nahi mungkar".
"Penyakit orang berkuasa ialah dia nak kekalkan kuasa," kata beliau, mengakui bahawa "potensi yang berkuasa menyeleweng memang sentiasa ada". Jadi, beliau berkata, seandainya Pakatan Rakyat yang mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional menyeleweng atau cuba mengekalkan akta-akta zalim ini, maka NGO sebagai kumpulan pendesak seperti ABU (Asal Bukan UMNO, yang mungkin bertukar nama ketika itu) harus bangkit untuk mengkritik kerajaan yang memerintah.
Wan Ji: ISA projek pembodohan
Seorang lagi panelis, Wan Ji Wan Hussin menganggap ISA adalah projek pembodohan. Beliau menekankan bahawa Islam memberi hak kepada mereka yang berhak, "Kalaulah kita ni bersalah pun diberikan hak keadilan, lagi-lagi tak boleh kita lakukan kezaliman kepada mereka yang tidak bersalah."
Wan
Ji (gambar kanan) mengambil contoh, jika seorang pencuri ditangkap,
diarahkan memulangkan barang yang dicuri itu, dan jika barang yang
dicuri itu hilang atau digunakan, maka barang yang digantikan tidak
boleh lebih daripada barang yang dicuri. Maknanya, jikalau mereka yang
bersalah pun ada haknya untuk tidak dizalimi, apatah lagi mereka yang
tidak bersalah.
Sebelum ini, Wan Ji bermula dengan menyindir sesetengah golongan agamawan dalam negara, yang tidak berani mengulas tentang ISA. "Mungkin dia tak nak cakap sebab dia tahu benda tu haram, tetapi kalau dia cakap problem pada periuk nasinya, 'Carma"' cari makan. Ulamak Carma."
Dalam sesi soal jawab, Hishamuddin Rais mengulangi cabarannya terhadap mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang sengaja disebutnya dengan berhati-hati, apakah fatwa akan dikeluarkan terhadap akta yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan?
Forum anjuran Lawyers For Liberty (LFL) dan SUARAM ini menarik kira-kira 150 orang hadirin di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam, dipengerusikan Muhammad Afiq, peguam LFL. Isteri bekas tahanan ISA, juga aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman turut hadir berkongi pengalamannya. Kempen "Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA" dilancarkan sebagai salah satu usaha menuntut agar 45 tahanan di Kamunting dibebaskan.
Mat Sabu (gambar kanan) mengisahkan apa yang berlaku dalam satu ceramah di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu, memetik Profesor Tareq Ramadhan, cucu Hassan al-Banna, pengasas Muslim Brother Hood yang berucap mengisahkan penyeksaan dan pencabulan hak asasi terhadap tahanan yang berlaku di Guantanamo Bay oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Apabila sampai sesi soal jawab, seorang hadirin bertanya kepada Tareq Ramadhan, mengapa beliau hanya bercakap pasal Guantanamo Bay, sebaliknya tidak bercakap pasal penjara di Israel dan Palestine?
"Jawab Tareq Ramadhan, saya bercakap hal Guantanamo di Amerika kerana mereka yang memperjuangkan keadilan, hak asasi rakyat dan sebagainya. Saya tidak sebut di negara-negara Arab, kerana bagi dia (Tareq Ramadhan), negara Arab tak ada standard langsung dalam isu human rights. Penjara mereka tidak ada langsung peraturan, tak ada apa-apa pun nak dikatakan mengikut hak asasi manusia!"
Malah, Mat Sabu memetik cabaran seorang Menteri Israel, "Saya cabar rakyat di negara Arab datang duduk di negara kami, Israel, kamu lihat demokrasi di negara kami daripada kamu di negara kamu yang tak ada demokrasi langsung."
Pandangan-pandangan sedemikian menjurus kepada perkembangan seterusnya, misalnya Arab Spring yang kita saksikan dalam beberapa tahun ini. Sebelum beredar untuk ceramah selanjutnya, Mat Sabu memesan agar NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA terus memperkasakan dirinya, menyuburkan semangat "amar ma'ruf nahi mungkar".
"Penyakit orang berkuasa ialah dia nak kekalkan kuasa," kata beliau, mengakui bahawa "potensi yang berkuasa menyeleweng memang sentiasa ada". Jadi, beliau berkata, seandainya Pakatan Rakyat yang mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional menyeleweng atau cuba mengekalkan akta-akta zalim ini, maka NGO sebagai kumpulan pendesak seperti ABU (Asal Bukan UMNO, yang mungkin bertukar nama ketika itu) harus bangkit untuk mengkritik kerajaan yang memerintah.
Wan Ji: ISA projek pembodohan
Seorang lagi panelis, Wan Ji Wan Hussin menganggap ISA adalah projek pembodohan. Beliau menekankan bahawa Islam memberi hak kepada mereka yang berhak, "Kalaulah kita ni bersalah pun diberikan hak keadilan, lagi-lagi tak boleh kita lakukan kezaliman kepada mereka yang tidak bersalah."
Sebelum ini, Wan Ji bermula dengan menyindir sesetengah golongan agamawan dalam negara, yang tidak berani mengulas tentang ISA. "Mungkin dia tak nak cakap sebab dia tahu benda tu haram, tetapi kalau dia cakap problem pada periuk nasinya, 'Carma"' cari makan. Ulamak Carma."
Dalam sesi soal jawab, Hishamuddin Rais mengulangi cabarannya terhadap mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang sengaja disebutnya dengan berhati-hati, apakah fatwa akan dikeluarkan terhadap akta yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan?
Forum anjuran Lawyers For Liberty (LFL) dan SUARAM ini menarik kira-kira 150 orang hadirin di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam, dipengerusikan Muhammad Afiq, peguam LFL. Isteri bekas tahanan ISA, juga aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman turut hadir berkongi pengalamannya. Kempen "Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA" dilancarkan sebagai salah satu usaha menuntut agar 45 tahanan di Kamunting dibebaskan.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan