HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Julai 2012

Ke mana dana RM100 juta sukarelawan disalur? – Azan Ismail

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan ke manakah Dana Sukarelawan 1 Malaysia (Dre1M) yang dilancar baru-baru ini akan disalurkan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau khuatir dana RM100 juta itu digunakan untuk menarik undi di kalangan belia pada pilihan raya umum ke 13.

Menurut Azan, peruntukan itu bercanggah prinsip sukarelawan yang tidak bergantung kepada imbuhan semata-mata, malah dibimbangi menyuburkan amalan ‘rasuah’ di kalangan belia.

“Ia adalah pendekatan yang akan membawa bala kepada generasi akan datang kerana ia juga menanam benih-benih awal rasuah dalam golongan belia.

“Saya juga ragu, dana yang besar ini digunakan untuk apa? Akhirnya ia akan menimpa nasib sama dengan program kerajaan lain, apabila dana besar yang dikeluarkan akan diseleweng,” jelasnya lagi.

Pada 15 Julai lalu, Najib mengumumkan peruntukan RM100juta melalui DDre1M kononnya untuk merangsang aktiviti sukarelawan di kalangan belia, semasa pelancaran program 1Malaysia for Youth (IM4U) di KLCC.

1M4U adalah satu lagi kempen Najib untuk menarik sokongan belia menjelang pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan: