Krisis ini juga boleh mempengaruhi undi dalam pilihan raya akan datang di Selangor dan Kuala Lumpur, bergantung kepada siapa yang bakal disalahkan sekiranya bekalan air mereka terputus. PR sekarang ini memerintah Selangor dan memenangi 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengkritik SYABAS dan syarikat induknya Puncak Niaga dengan pantas mengatakan bahawa krisis bekalan air ini “diolah” dan percubaan untuk mempercepatkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 bernilai RM3.6 bilion dan spekulasi mengatakan menarik minat Puncak Niaga untuk menguruskannya.
Apabila kerajaan negeri, syarikat yang mendapat konsesi air dan kerajaan pusat saling menyalahkan tentang masalah kekurangan air telah mendatangkan kebimbangan kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur yang boleh menjadi isu pilihan raya bergantung kepada siapa yang mereka rasa bertanggungjawab bekalan air dipotong.
Ramai masih menyimpan kenangan pahit tahun 1998 apabila beribu-ribu terpaksa beratur dengan baldi di belakang trak air walaupun banyak sungai yang sentiasa mengalir di negeri ini dan lambakan air ke laut.
Jika pengundi percaya kerajaan negeri yang bersalah dalam permasalahan air ini, BN akan mendapat kelebihan dan mungkin berjaya mengambil alih negeri ini dari PR.
Akan tetapi, jika pengundi percaya kerajaan pusat dan pemilik konsesi air yang dikaitkan dengan Umno yang menyebabkan mereka mengalami kesusahan, BN mungkin terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mengambil alih negeri Selangor.
Puncak Niaga yang mengoperasikan majoriti loji rawatan air Selangor, 29 daripada 34-40 peratus daripada shamnya dipegang oleh Tan Sri Rozali Ismail, yang pernah menjadi bendahari Umno Selangor dan orang ke 31 terkaya di Malaysia menurut Forbes.
Sementara Puncak Niaga pula memegang 70 peratus daripada saham SYABAS yang mana kerajaan negeri hanya memiliki 30 peratus saham menyebabkan pemimpin Umno itu berkuasa terhadap rawatan air dan distribusi air di negeri yang dikuasai PR itu.
Puncak Niaga dan SYABAS juga dilaporkan meminta wang lebih dari kerajaan negeri, menolak dua tawaran dari kerajaan negeri kerana dikatakan terlalu rendah, termasuk tawaran untuk membeli dua syarikat dengan harga RM9.2 bilion termasuk dua lagi pemegang konsesi Splash dan Konsortium Abbas walaupun Splash dan Konsortium Abbas menerima tawaran tersebut.
Koordinator Gabungan Membantah Penswastaan Air (CAWP), Charles Santiago, yang juga ahli DAP mendakwa penswastaan air di Selangor berakhir dengan “bencana”.
Beliau mengatakan, air dahulunya memberikan pendapatan sebanyak RM40-50 juta kepada kerajaan Selangor sebelum diswastakan pada tahun 1990an.
Charles juga mempersoalkan sama ada mempercepatkan pembinaan Langat 2 bertujuan untuk memberikan lebih banyak keuntungan kepada SYABAS.
“Apakah syarikattersebut mengolah krisis untuk mendapatkan projek?” tanya Charles. “Apakah kerajaan pusat menjanjikan pengurusan dan operasi Langat 2 kepada SYABAS ?”
S. Piarapakaran dari Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) berkata, air tidak sepatutnya menjadi kepentingan peribadi.
“Industri air harus berasaskan sosio ekonomi dan bukan berasaskan keuntungan,” katanya lagi.
Perdebatan mengenai kekurangan bekalan air adalah kerana perlawanan diantara kepentingan orang ramai dan kepentingan peribadi.
Sebanyak 30 peratus air yang dipulihkan di Selangor dibazirkan atau Air yang Tidak Mendatangkan Keuntungan (NRW) yang kerajaan Selangor manfaatkan dari SYABAS untuk mengagalkan syarikat tersebut untuk menaikkan tariff yang akan mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada syarikat milik Umno tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan