Pengumuman
baru-baru ini yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak bahawa Akta
Hasutan akan dimansuhkan (sejak ianya digubalkan pada tahun 1948) dan
digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sudah tentunya mengundang
pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang datang dari berbagai latar
belakang.
Bagi
sesetengah kelompok, berita ini diterima dengan perasaan gembira kerana
Akta Hasutan - yang merupakan warisan penjajah British yang bertujuan
untuk menindas pembangkang ketika itu - dikatakan pernah disalahgunakan
hingga menyebabkan ada pihak yang merasai bahawa undang-undang ini
bertujuan untuk "menutup" mulut pembangkang dan pengkritik pemerintah.
"Mangsa" akta ini melibatkan tokoh-tokoh politik seperti Lim Guan Eng
(sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Karpal Singh (orang kuat DAP).
Pihak yang lain pula mencurigai undang-undang yang bakal mengambil alih tempat Akta Hasutan. Ini kerana terdapat undang-undang yang diluputkan sebelum ini, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (yang ditukar kepada Akta Kesalahan Keselamatan ), tidak kurang menggerunkan rakyat jelata. Malah yang diganti lebih "hebat" cengkamannya terhadap hak asasi manusia dan keadilan.
Umum sedia maklum bahawa keharmonian rakyat dan hubungan antara golongan etnik yang rapat dalam negara kita sentiasa dihargai sebilangan besar rakyat jelata kerana mereka sedar bahawa tanpa keharmonian atau kurangnya keharmonian bukan sahaja boleh membantutkan kemajuan sosio-ekonomi negara, malah akan memporak-perandakan masyarakat. Tragedi berdarah May 13, 1969 lazim menjadi petanda amaran kepada rakyat umumnya.
Kebimbangan inilah yang memberikan justifikasi kepada pemerintah untuk mengekalkan Akta Hasutan (selain daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang digubalkan oleh penjajah British. Malangnya penakrifan yang ada dalam peruntukan undang-undang itu, lebih-lebih lagi setelah dipinda hingga menjadi terlalu luas dan kabur takrifannya, membolehkan pihak pemerintah menggunakannya (atau menyalahgunakannya) untuk "menindas" pembangkang serta pengkritik dalam kes tertentu.
Pada umumnya, undang-undang ada peranannya dalam masyarakat. Tapi yang perlu ditekankan di sini ialah undang-undang itu perlu mesra-rakyat supaya ia tidak bercanggahan dengan lunas-lunas demokrasi dan keadilan; supaya undang-undang itu berupaya memperbaiki keadaan dalam masyarakat, sama ada dari segi pembangunan sosio-ekonomi dan kesejahteraan material rakyat maupun keadilan sosial dan hak asasi manusia.
Ketika artikel ini ditulis, "wajah" Akta Keharmonian Nasional itu masih belum dapat dilihat dengan terperincinya. Namun, kita mengharapkan agar ianya mempunyai peruntukan atau ciri-ciri yang mesra-demokrasi dan keadilan - dan tidak mempunyai keupayaan dan elemen untuk "menghukum" rakyat yang bersikap kritis terhadap pemerintah semata-mata kerana mereka menyayangi negara Malaysia.
Tetapi kita harus sedar bahawa undang-undang seperti Akta Keharmonian Nasional ini hanyalah merupakan salah satu mekanisme bagi pemerintah (serta rakyat jelata) menjayakan usaha untuk memajukan keharmonian antara satu golongan etnik dengan yang lain.
Sebagai
contoh, dalam budaya politik di Malaysia, amatlah penting bagi rakyat
(dan juga pemerintah) menghargai dan menghormati kepelbagaian yang ada
pada masyarakat kita, dari segi agama, etnik, ideologi hingga ke
budaya. Selagi kepelbagaian ini tidak dihargai selagi itulah ada pihak
yang akan merasakan dirinya terabai, didominasi dan terancam hingga
melahirkan perasaan curiga, prasangka dan iri hati.
Keadaan ini akan menjadi lebih keruh lagi apabila, misalnya, pihak pemerintah "menghukum" kelompok yang tidak selari dengannya dari segi ideologi politik dan falsafah hidup. Ini sudah tentunya akan mencetuskan konflik yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Dalam hal ini, kebebasan untuk bersuara amatlah penting. Ini bukanlah untuk memajukan kebebasan bersuara yang mutlak (jika ini berkemungkinan), tetapi sekadar memberi ruang yang mencukupi bagi kelompok yang merasakan dirinya terabai, dipinggirkan atau dihina. Sekurang-kurangnya, ruang untuk bersuara ini (dengan dipikul tanggungjawab) boleh membuka pintu untuk berdialog, untuk cuba menanangani salah faham dan masalah yang dihadapi.
Dalam hal ini, perbezaan yang ada pada pelbagai kelompok dalam masyarakat, sama ada dari segi fahaman, kepercayaan, adat istiadat, ritual atau amalan harian, seharusnya dianggap sebagai satu "kekayaan" atau aset kepada masyarakat kerana ini menambahkan lagi warna-warni hidup kita.
Misalnya, golongan minoriti seperti etnik India dan Orang Asli berkemungkinan mengkritik langkah-langkah yang diambil pemerintah yang boleh menyebabkan mereka merasakan diri mereka dipinggirkan dari arus perdana masyarakat. Kritikan sedemikan rupa harus ditangani dengan membuka ruang untuk berdialog dari pihak pemerintah. Sesungguhnya, kritikan ini tidak boleh ditakrifkan sebagai satu tindakan yang bukan patriotik semata-mata kerana pemerintah dipersoal dan dipertanggungjawabkan. Ini kerana keharmonian nasional dan kesejahteraan rakyat lebih besar nilainya daripada kepentingan pemerintah dan parti memerintah (yang sempit).
Sekurang-kurangnya, tindakan positif pemerintah ini (iaitu berdialog) bukan saja boleh menentukan ada kelompok yang tidak akan dianaktirikan malah mengelakkan berlakunya pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah. Pendek kata, keadilan sosial merupakan salah satu faktor memajukan usaha mengharmonikan hubungan antara kelompok dalam masyarakat.
Dan
sekiranya dirasakan undang-undang tertentu perlu digunakan bagi
memastikan keharmonian nasional terjaga, undang-undang itu harus
digunakan untuk tujuan itu semata-mata, dan dilaksanakan dengan adil dan
saksama.
Contohnya, jika terdapat ada kelompok dalam masyarakat yang terang-terang menghasut hingga menghina satu golongan etnik, atau terdapat media yang berusaha melaga-lagakan golongan etnik atau agama tertentu dengan yang lain, tindakan undang-undang perlu diambil oleh pemerintah untuk menghindar dari berlakunya konflik serius dalam masyarakat.
Jika wujud perbuatan sedemikian dari kelompok ekstremis dan ini tidak disusuli dengan tindakan pemerintah melalui undang-undang atau polisi, golongan yang berkenaan akan melipat gandakan hasutannya kerana ketiadaan tindakan pemerintah mungkin disifatkan sebagai "kelulusan", kalau tidakpun galakan, tidak rasmi pihak pemerintah.
Keadilan dalam pentadbiran dan perlaksanaan dasar dan projek pembangunan juga boleh membantu memantapkan keharmonian nasional. Misalnya, peruntukan atau bantuan kewangan kepada sekolah yang bersifat adil dan saksama akan memastikan tiada pihak yang akan merasakan dianaktirikan. Begitu juga dengan hal pemberian biasiswa. Ianya seharusnya diberikan berdasarkan merit dan juga latar belakang sosio-ekonomi keluarga.
Dan dalam hal pemberian kontrak, misalnya, keputusan perlu dibuat oleh pihak berkuasa berdasarkan keupayaan si pembida dari segi pengalaman dan kepakaran serta harga yang disebut. Faktor kroni tidak boleh dan tidak harus mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa kerana kronisme bukan saja boleh mencetuskan kerugian wang rakyat tetapi juga menghasilkan kekecewaan dan konflik antara golongan etnik dan juga dalam kelompok etnik tertentu. Ini sudah tentunya menjejaskan keharmonian rakyat.
Seperkara lagi ialah mengenai hal agama. Pemerintah serta rakyat jelata perlu "meraikan" perbezaan dan kepelbagaian agama yang wujud dalam masyarakat Malaysia. Ini bermakna bukan saja kita perlu peka terhadap "kesensitifan agama" golongan tertentu tetapi juga menghargai pelbagai kepercayaan yang diamalkan di negara ini.
Apabila kepelbagaian dan perbezaan dihayati, dihargai dan dihormati pada peringkat yang tinggi, kelompok yang masing-masing wujud dalam masyarakat akan dapat merasai dirinya ada tempat dalam masyarakat, atau a sense of belonging, dan ini pada umumnya boleh membantu memajukan keharmonian dan kemajuan dari segi material dan intelek dalam masyarakat pelbagai golongan etnik, agama dan budaya.

*Dr.Mustafa K Anuar ialah pemerhati politik dan media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan