HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Julai 2012

Kem Kamunting larang jawab panggilan Malaysiakini

 
Aidila Razak


 
Kakitangan di kem tahanan Kamunting di mana kumpulan terakhir tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan, tidak dibenarkan menjawab panggilan dari Malaysiakini.

Menurut seorang kakitangan di situ, arahan itu khusus menyebut nama portal berita tersebut.

NONE"Arahan itu dibuat oleh pentadbiran kem. Saya tidak pasti sama ada
pemberita (organisasi berita) lain dibenarkan," kata kakitangan itu semalam.

Malaysiakini berusaha untuk menghubungi pengarah kem tersebut, Roslen Ramli untuk mendapatkan maklumat mengenai mogok lapar yang berterusan oleh salah seorang tahanan ISA di situ.

Tahanan tersebut, Fadzullah Abdul Razak melancarkan mogok lapar bagi menuntut kebebasannya sejak lebih dua minggu lalu.

Tiada ulasan: