[Projek LRT Ampang] Mengikut perancangan kerajaan Malaysia sekarang mahu menambah lagi 17 km dengan nilai RM1.012 bilion
daripada perkhidmatan LRT Ampang yang sedia ada sekarang ini. Cukup
besar nilainya. Ada 8 syarikat terkemuka daripada seluruh dunia
termasuklah dari Perancis, Britain dan Korea Selatan telah masuk tender
dan berusaha untuk membuktikan kemampuan & kekuatan masing-masin
berdasarkan rekod yang sudah sedia ada dalam membida projek ini.
Semua syarikat yang masuk tender ini
cukup disegani kerana banyak terlibat dalam projek-projek mega keratapi
& LRT di seluruh dunia kecualilah……..kecualilah, ada 1 syarikat ini.
Daripada nlapan-lapan syarikat yang mencuba membida projek LRT Ampang
ini, hanya 1 syarikat sahaja didakwa tiada pengalaman langsung dalam
industri pembinaan keretapi & LRT ini. Syarikat yang mana satu?
Pelik bukan?
Projek LRT Ampang : Antara Hasil Penilaian Bidaan oleh Halcrow
Tiada pengalaman langsung pun masih lagi
“berani” membida projek ini. Tambahan pula, berdasarkan semakan kami
kepada laporan berita Bernama pada 7 Julai 2011 menunjukkan syarikat yang tiada pengalaman inilah tetap dan cukup berkayakinan tinggi untuk mendapatkan projek LRT Ampang. Hebat……
Sumber : Bernama News
Akhirnya selepas melalui penilai tender
yang cukup teliti dan ketat selama berbulan-berbulan lamanya, badan yang
menilai iaitu perunding kejuruteraan Halcrow membuat keputusan memilih
untuk mencadangkan kepada Kementerian Kewangan satu syarikat dari
Britain, Konsortium Balfour Beatty-Invensys bagi
melaksanakan projek LRT Ampang ini. Berdasarkan rekod Balfour
Beatty-Invensys cukup terkenal di dunia dalam industri pembinaan ini
kerana banyak terlibat dalam pembinaan projek keretapi & LRT di
seluruh dunia.
Kemudian cadangan ini dibawa kepada
Kementerian Kewangan. Bagi Kementerian Kewangan, jawatankuasa tender
tertinggi dinamakan JawatanKuasa Perolehan Menteri Kewangan. Siapa
pengerusianya? Menteri kewangan (Datuk Seri Najib Razak). Siapa pula
ahalinya? Menteri Kewangan II (Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah)
dan tidak lupa juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Wan
Aziz. Nama-nama di atas berada pada kedudukan yang tertinggi dalam
Perbendaharaan Negara.
Badan penilai mencadangkan dan
memilih konsortium Balfour Beatty-Invensys kerana sememangnya dilihat
cukup layak untuk menjalankan sambungan projek LRT Ampang ini. Dan
akhirnya, Datuk Seri Najib telah menurunkan tandatangan mengesahkan
penganugerahan projek LRT Ampang kepada Balfour
Beatty-Invensys pada 25 Januari 2012. Keesokan harinya iaitu pada 26
Januari 2012, Kementerian Kewangan telah mengumumkan yang mana Balfour
Beatty-Invensys telah mendapat projek tersebut.
Selepas beberapa bulan lamanya dilihat
tiada sama sekali timbul sebarang masalah. Tetapi pada minggu lepas
keluar dakwaan yang mana Datuk Seri najib Razak dalam mesyuarat kabinet mahu membatalkan keputusan
yang sudah dibuat pada Januari 2012 kerana mahu menganugerahkan pula
projek LRT Ampang kepada konsortium yang bernama George Kern
daripada Balfour Beatty-Invensys.
Menurut rekod, George Kern inilah juga
satu-satu syarikat daripada 8 lapan syarikat yang terlibat dalam mmebida
projek LRT Anpang ini yang tiada pengalaman langsung dalam kerja-kerja
pembinaan keretapi dan LRT ini.
George Kern ini hanyalah syarikat yang
menjalankan perniagaan berasaskan meter paip air sahaja dan mempunyai
sebuah kilang di Rawang, Selangor. Jadi persoalannya sekarang bagaimana
George Kern boleh dianugerahkan projek sambungan LRT Ampang ini?
Cuma, apabila diselidik sejarah lampau pemilik syarikat George Kern ini yang bernama Tan Sri Tan Kay Hock adalah merupakan rakan karib, kawan baik kepada Datuk Seri Najib Razak sejak kecil lagi
daripada peringkat persekolahan sehinggalah ke peringkat universiti.
Dan sekarang, Datuk Seri Najib Razak seringkali dilihat bermain golf
dengan Tan Sri Tan Kay Hock.
Apa yang dirisaukan sekarang ini ialah
keselamatan bakal penumpang kelak. Keratapi ini dikawal secara
elektronik melalui sistem berkomputer yang pastinya tiada pemandu.
Maksudnya di sini jika benar syarikat ini tiada pengalaman, apakah nasib
penumpang LRT ini kelak? Sekaligus penganugerahan projek kepada
syarikat yang tiada pengalaman bakal membahayakan ratusan ribu yang
bakal menggunakan perkhidmatan LRT ini kelak.
P/S : Kalangan rakyat Malaysia
memulangkan beberapa persoalan yang berbangkit mengenai projek LRT
Ampang ini kepada Datuk Seri Najib Razak menjawabnya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan