“Budaya dalam politik ala syaitan ini jelas bertentangan dengan syarak dan tidak bertepatan dengan budaya Timur yang kita ada sekarang ini,” katanya semasa dihubungi Sinar Harian Online.
Menurutnya, perjuangan Pas selama ini sentiasa menunjukkan model yang yang baik kepada anak muda supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
“Kami juga menerapkan nilai-nilai murni Islam kepada anak muda. Jika beliau (Fathul) berkata demikian, seolah-olah ia berbalik semula kepada Umno,” tegas beliau.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya semalam berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain.
Beliau turut berkata yang golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula berkata, yang pimpinan ala syaitan”ini bukanlah definisi yang sesuai dan tidak harus digunakan bagi menggambarkan kepimpinan di negara ini.
“Bagaimanapun, anak muda di negara ini harus mencari politik baru, pemikiran baru dan memilih pemimpin negara yang tepat bagi menjamin masa depan negara,” katanya.
Beliau turut menolak dengan keras istilah pimpinan ala syaitan ini digunakan kerana tidak pernah wujud pimpinan seperti ini di negara kita.
“Saya rasa, pimpinan 'old school' yang berteraskan rasuah, fitnah dan lebih kepada politik yang membawa kepada kepentingan peribadi yang harus ditolak oleh anak muda.
“Mereka perlu berubah dan pergi kepada politik dan pemimpin new school' iaitu pemimpin yang mempunyai prinsip dan nilai positif yang diterapkan dalam diri mereka agar boleh menjadi pemimpin yang memberi keyakinan kepada orang ramai,” ulas beliau.
Menurutnya, nilai positif seperti ini yang harus ada dalam diri setiap pemimpin negara bagi mendidik anak muda di negara ini.
“Jangan memberi label yang negatif. Cara ini tidak sesuai digunakan dan memberi imej buruk kepada anak muda negara kita,” tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan