Rancangan
Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang diwartakan pada 13 Jan 2011 oleh
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor perlu dibatalkan
kerana ia dibuat tidak mengikut undang-undang.
Pengerusi Jawatankuasa
Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor
(Selcat) Datuk Teng Chang Khim berkata: “Kerajaan negeri boleh
membatalkan (RTPJ2) dengan nasihat daripada penasihat undang-undang
negeri.”
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas berakhirnya pendengaran awam
melibatkan isu cadangan pembangunan tanah padang Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) dan RTPJ2 di sini, Khamis.
RTPJ2
adalah dokumen yang menimbulkan kontroversi apabila laporan yang
dirujuk oleh JPBD negeri mendapati padang awam milik PKNS telah
dizonkan sebagai kawasan lapang dan rekreasi manakala dokumen yang
dirujuk oleh MBPJ pula dizonkan sebagai zon komersial.
Teng
berkata jika RTPJ2 tidak dibatalkan, ia boleh dicabar oleh mana-mana
pihak menerusi perundangan kerana mempunyai beberapa kelemahan.
Beliau berkata rumusan hasil pendengaran Selcat itu akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang kerana tidak mempunyai masa untuk menyediakan laporan bagi sidang dewan Isnin ini.
Beliau berkata rumusan hasil pendengaran Selcat itu akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang kerana tidak mempunyai masa untuk menyediakan laporan bagi sidang dewan Isnin ini.
Pada
pendengaran awam hari ini, Teng turut mencadangkan supaya pegawai
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dihantar semula berkursus kerana
melakukan 59 pindaan tanpa memaklumkannya atau pun mendapat persetujuan
daripada JPBD Selangor.
Katanya
perbuatan MBPJ meminda RTPJ2 yang telah diwartakan itu tidak mematuhi
undang-undang di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang
memerlukan pindaan kepada zon penggunaan tanah diumumkan kepada umum
dan membuka peluang kepada bantahan sekiranya ada.
Perbuatan
pegawai tertentu MBPJ meminda RTPJ2 disifatkan sebagai tidak
profesional, tidak berdaya saing, tidak bertanggungjawab dan jika dalam
badan profesional seperti guaman atau perakaunan, mereka boleh
dipecat, kata Teng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan