HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Julai 2012

Uncle Seekers ditahan pihak polis

 
 
KUALA LUMPUR — Pengamal aktiviti paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas telah ditahan pihak polis malam tadi atas penyiaran artikel yang didakwa mengandungi unsur hasutan, provokasi, dan mengaibkan kerabat Diraja Johor di dalam blognya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers telah ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di Negeri Sembilan dan telah pun di bawa ke Nusajaya, di Johor.

Dipetik Sinar Harian, bapanya, Syed Hussein Al-Attas berkata, beliau hanya difahamkan oleh orang ramai anaknya itu telah ditahan polis, dan masih belum menerima sebarang pengesahan.

“Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya,” kata Syed Hussein atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib.

Sebelum ini, memetik laporan media, lebih 30 laporan polis telah dibuat terhadap Uncle Seekers kerana menyiarkan artikel di laman blog miliknya, uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan mengaibkan Sultan, dan kerabat Diraja Johor.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, pihak polis negeri tersebut akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

Tiada ulasan: