Air
yang dibekalkan melalui loji rawatan air Sungai Linggi ke kawasan
sekitar Port Dickson, Rantau, Spring Hill dan Lukut selamat untuk
digunakan.Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya
telah menerima sijil daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
mengesahkan bahawa air yang disalurkan ke rumah di kawasan terbabit
adalah selamat.
Menurutnya, air yang berbau di kawasan berkenaan berpunca
daripada kandungan ammonia yang tinggi, bukannya disebabkan perkara
lain.
“Memang berlaku pencemaran air di Sungai Linggi, namun air yang dibekalkan tidak terjejas. Ia selamat untuk digunakan.
“Cuma
kandungan ammonia didapati meningkat di loji rawatan air Sungai Linggi
sehingga menyebabkan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) terpaksa
meninggikan lagi penggunaan klorin terhadap air tersebut.
“Apabila ammonia dan klorin digunakan dalam kandungan yang tinggi, maka ia akan menghasilkan sedikit bau, namun air tersebut tetap selamat digunakan,” katanya.
“Apabila ammonia dan klorin digunakan dalam kandungan yang tinggi, maka ia akan menghasilkan sedikit bau, namun air tersebut tetap selamat digunakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Wisma Negeri, semalam.
Mohamad berkata, penduduk di kawasan terbabit tidak perlu bimbang dengan kualiti air yang dibekalkan ke rumah mereka.
Sebelum
ini, penduduk di sekitar Port Dickson dan Rantau merungut berikutan
kualiti air yang dibekalkan Sains ke rumah mereka berbau dan kotor.
Malah penduduk juga mendakwa sakit perut selepas minum air yang dimasak melalui bekalan paip di rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan