KL TODAY
Ketua
Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib
Razak menyangkal dakwaan beberapa pihak kononnya dia tidak menjalankan
tugasnya sejak menerajui perbadanan itu pada 1 September tahun
lalu.
Naguib berkata, membuat perubahan dalam industri hiburan tempatan
bukanlah satu perkara yang mudah atau boleh diubah dalam jangka masa
pendek, sebaliknya memerlukan masa yang lama dengan susunan strategi
yang betul.
“Rasanya,
orang industri tahu apa yang telah saya buat, cuma pihak luar yang
tidak tahu. Tambah pula saya lebih selesa melakukan sesuatu dengan
diam. Bila ia benar-benar sukses barulah kita hebahkan pada semua.
“Sehingga
kini, pihak kami masih lagi merombak dan menyusun semula infrastruktur
pasaran filem mengikut transformasi ekonomi dan menambah beberapa
sistem baru.
“Perlu
diingat, bukan mudah untuk melakukan sesuatu perubahan, ia memerlukan
strategi dan masa, tidak perlu terburu-buru,” katanya yang ditemui
selepas pelancaran dokumentari Sanctuary Of faith The Mosque, The Church & The Temple di Finas, di sini, petang Isnin.
Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Tambah
Naguib, dia tidak kesal dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan
menganggap ia sebahagian rencah normal dalam industri, walaupun ada
yang cuba menjatuhkan namanya dalam perbadanan tersebut.
Dalam pada itu, ditanya adakah benar mengenai khabar angin yang
mengatakan kontraknya tidak akan disambung lagi seperti yang didakwa,
Naguib menafikannya.
Beliau memberitahu kontraknya akan disambung memandangkan pelbagai perancangan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
“Ada
beberapa projek yang masih lagi dalam perbincangan dan terbaru, seperti
yang dilihat pada pelancaran dokumentari hari ini (Isnin), pihak Finas
akan membawa produk itu ke peringkat luar negara di mana ia akan
disiarkan di beberapa buah negara.
“Malah,
sepanjang setahun saya menguruskan Finas, lebih daripada 15 buah
dokumentari yang telah pun disiarkan di luar negara,” ujarnya.
Selain itu, beritahu Naguib, terdapat beberapa dokumentari terbitan syarikat tempatan seperti Royal Press- A Printing Relic, Royal carver, Agarwood- The Black Gold Of The Forest, Spirit Of Wood dan Tanjung pagar-The Last Train telah pun dibeli oleh syarikat penyiar Discovery Channel manakala 1941: The Fall Of Penang dan Last Journey To Sarawak pula dibeli oleh pihak AETN.
Sementara itu, mengenai Sanctuary of faith The Mosque, The Church & The Temple, ia diterbitkan oleh No Quarter Sdn Bhd dengan kerjasama Finas dan diarahkan oleh David Moggie.
Ia
mengisahkan mengenai keharmonian negara walaupun mempunyai kepelbagaian
kaum dan kepercayaan. Selain itu, budaya masyarakat majmuk serta reka
bentuk pembinaan masjid, kuil dan gereja turut dipaparkan.
“Saya
percaya dokumentari seperti ini akan mendapat perhatian daripada pihak
luar memandangkan mereka kurang tahu mengenai masyarakat Malaysia
sebenar di mana kita mempunyai kepelbagaian kaum.
“Setakat
ini ia akan disiarkan di sebuah stesen televisyen Perancis iaitu MIPCom
dan akan dibawa ke World Congress of Science and Factual Producers
yang akan diadakan di Washington DC, Amerika Syarikat pada November
hadapan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan