Rafizi
menyifatkan usaha penswastaan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad
sebagai satu lagi usaha untuk mengkayakan kroni Barisan Nasional. —
Gambar oleh Choo Choy May
Dalam sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR hari ini, Rafizi turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan dan membekukan perancangan penswastaan tersebut.
Rafizi juga mendedahkan Syed Mokhtar berselindung disebalik penswastaan ini bagi menguasai “Bank Tanah” yang dianggarkan bernilai RM50 billion milik KTMB.
Walaupun ‘Bank Tanah’ tersebut kini berada dibawah kawalan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Rafizi menggesa pihak kerajaan mendedahkan butiran dan maklumat yang melibatkan KTMB mengenai perjanjian tersebut.
“Penswastaan KTMB mungkin bakal terjadi seperti kes Pos Malaysia.
“Isu disini bukan hanya penswastaan tetapi melibatkan aset milik negara.
“Walaupun tanah tersebut berada dibawah kawalan RAC, tetapi apakah butiran dan maklumat dalam perjanjian tersebut.
“Saya gesa kerajaan mendedahkannya bagi mengelak kes seperti Syabas dengan kerajaan negeri Selangor berulang,” kata Rafizi.
Rafizi juga menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan Najib yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara ditangan beberapa kroni utama beliau kerana mengganggap ia akan menekan dan menindas rakyat pada masa depan.
“Bayangkan, sekiranya rancangan penswastaan ini berlaku, ini bermakna Syed Mokhtar akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat pada masa hadapan.
“Bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya,” tambah Rafizi.
Menjawab mengenai bukti dan sumber maklumat yang diperoleh terhadap dakwaan ke atas usaha penswastaan KTMB ini, Rafizi menyatakan dia memperoleh maklumat menerusi laporan dan keratan media seperti Business Times, The Edge dan lain-lain.
“Maklumat dan sumber mengenai perancangan penswastaan ini diperoleh menerusi laporan media,” kata Rafizi.
Sebelum ini, pihak kerajaan juga mengusahakan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan