HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 September 2012

MB tetamu kehormat, Anwar tetamu sahaja

KL TODAY

 

Kerajaan Selangor menyifatkan isu kontroversi sambutan ambang merdeka peringkat negeri itu selesai apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis berkenaan hanya sebagai ‘tetamu jemputan’ dan bukannya ‘tetamu kehormat’

Sebaliknya Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri masih mengekalkan tradisi terdahulu apabila tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan itu adalah beliau sendiri sebagai Menteri Besar.

Sambil terus mempertahankan kehadiran Anwar, Abdul Khalid berkata Penasihat Ekonomi Selangor itu hanya berperanan untuk berucap pada majlis berkenaan.

“Datuk Seri Anwar hanyalah penceramah jemputan yang utama untuk berucap pada majlis itu.

“Tetamu kehormat masih Menteri Besar seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Sebelum ini kerajaan negeri dikecam kerana didakwa membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.

Tiada ulasan: