Abdul Hadi Awang
Tempoh
masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi
kepercayaan kepada Umno menjadi teras BN memimpin negara. Jangan
salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu,
agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir.Semua kaum telah menerima
hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan,
hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi
dengan adil.
Umno
yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada
penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil,
bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri.
Allah berfirman dalam surah Arra’du (bermaksud):
“Bagi
tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan
perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri.
“Dan
apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala
bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun
yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak
ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadanya.”
Walaupun
Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama
PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan pentafsiran
bahasa dan fahaman mereka terhadap agama.
PAS
menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu,
bersama pemimpin generasi awal Umno dengan iringan doa dirahmati Allah
di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan.
PAS
mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang,
supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan
kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi
dengan acuan pemikiran warisan penjajah.
Almarhum Tan Sri Syed Ja’afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia:
“Adalah
lebih baik PAS berada di luar BN membetulkan keadaan dan tidak bijak
berada di dalam,” tegas beliau, ketika PAS berada dalam BN.
Kenyataan ikhlas kerana melihat Umno tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.
Sepatutnya
Islam ditafsirkan dengan bahasa al-Quran, bukannya bahasa Inggeris.
Umno yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada di
tahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang
lama diatur sejak zaman penjajah.
Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal Umno dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.
Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal Umno dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.
Mengikut
kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa
penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran
Islam melalui kajian orientalis, tetapi mereka menolak akidah dan
syariat yang sempurna.
Adalah
lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada
penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan
dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.
Malangnya
Umno tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang
positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik
dibuang.
Para
pemimpin Umno lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk
menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihan
raya.
Tanpa
dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam,
bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank
Islam dan sebagainya.
Masalahnya
roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara
ikhlas dan berta’abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak.
Keadaan
ini menjadikan sehingga asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah
daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan
bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh
manusia.
Almarhum maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya Kembali Semula kepada Islam menegaskan:
“Pelaksanaan
Islam dengan cabarannya berlaku dua cara pendekatan. Sama ada
melaksanakan Islam secara ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia
dan akhirat, atau laksanakan Islam secara jibayah, dengan memilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata.”
Yang kedua
inilah yang dilakukan oleh Umno sehingga boleh berlaku salah faham
terhadap Islam di kalangan penganut yang jahil, dan lebih lagi di
kalangan bukan Islam.
Apabila
Islam dilihat bukan melalui kaca mata ajarannya yang sempurna dan
murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin Umno. Lebih berbahaya
lagi apabila menunjukkan contoh negatif seperti tidak bermoral, rasuah,
penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya.
Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan Umno dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.
Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan Umno dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.
Peranan
pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan
bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan
pengaruh sekularisme dalam masyarakat Islam.
Agenda
menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah
dan melemahkan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar aliran Islam
berjaya dibuat bawah pemerintahan Umno.
Seterusnya
Umno menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan
perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti isu
syariat Islam.
Ia
difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam
dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti hukum poligami,
pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara
menyeluruh, hak wanita, hiburan dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan
pelaksanaan untuk difahami.
Islam itu
wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian
dan menolak atau ragu sebahagiannya adalah merosakkan iman.
Beramal
dengan sebahagian dan menolak sebahagiannya pula menyebabkan tasawur
yang salah terhadap Islam dan menyebabkan celaka dunia dan akhirat.
Hak istimewa
Mereka tidak membantah hak istimewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua kaum lain.
Namun hak
ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu
bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh Umno demi agenda politik
berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri,
keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan
bumiputera.
Contoh
yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan,
sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat
mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan
tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.
Bahasa kebangsaan
Bahasa
Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja
dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan
penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum.
Bahasa
yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh
lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir di
tengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.
Ketika
bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti
Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan
bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi
bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.
Kedudukan politik
Kelemahan
kuasa politik Melayu terhakis kerana mengatur strategi kemenangan Umno
secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura,
Pulau Pinang dan Pantai Barat, kerana penyusunan kerusi menguatkan
kuasa Umno bukannya memperkasakan Melayu Islam.
Melayu
ditanam semangat hanya Umno parti tunggal yang menjaga hak Melayu,
seolah-olah mengganti Tuhan Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup
mereka.
Kaum lain
boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan
tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka
Melayu terus berpaut dengan ranting Umno yang sudah berpenyakit dan
menyalahkan kaum lain.
Kedudukan
jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi
jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu
sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka.
Melayu
Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut
undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan Umno. PAS telah membuktikan
kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Walaupun
Umno menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan
bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi
dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang
tidak sembuh.
Umno sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.
Mutakhir
ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam Umno meninggalkan Umno,
bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan
keselamatan menyertai PAS.
Ia adalah
petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya
mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan Umno sebagai kuasa
pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah
besar ahli Umno dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara
khurafat .
Kalau
mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang
mendaulatkan Islam, bukannya masuk Umno yang memikul Islam tanpa
pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah
pembetulan yang wajib dilakukan.
Kata Khalifah Umar bin Al Khattab RA: “Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.”
Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut di atas tadi dan Firman Allah (bermaksud):
“Dan jika
kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu
dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti
kamu.”
Melayu
tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum
juga akan selamat, kerana Islam itu rahmat Allah kepada seluruh alam
dan adil untuk semua kaum.
Tegakkan
Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan,
Melayu bersama Umno, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan
lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli Umno kepada PAS.
Penulis adalah Presiden PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan