HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 September 2012

Pro-Aspirasi tawan majoriti kerusi UITM

KL TODAY

 

Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus dikuasai oleh kumpulan Pro-Aspirasi kerajaan dalam pilihan raya kampus yang diadakan semalam. 226 kerusi dipertandingkan di kesemua kampus UiTM termasuk 50 di kampus induk di sini.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, seratus peratus pemimpin mahasiswa yang bertanding pada pemilihan kali ini adalah “calon Aspirasi UiTM.”“

Seperti sebelum ini, tiada Pro-Aspirasi yang bertanding, 100 peratus (barisan) Aspirasi,” kata beliau malam tadi dipetik dari Sinar Harian Online.

Menurut Dr Sahol (gambar duduk tengah), pembentukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) akan ditentukan dalam masa tiga hari.

“Kita akan bincang selepas ini untuk menentukan tarikh pembentukan di mana lantikan dibuat untuk mereka memegang jawatan tertentu,” katanya.

Di kampus UiTM Shah Alam, seramai 72 calon bertanding, di mana 24 daripadanya menang tanpa bertanding.

Terdapat 25 fakulti di kampus tersebut di mana 12 daripadanya juga menang tanpa bertanding.

Sementara itu, salah seorang calon yang menang dalam pilihan raya kampus kali ini, Azraful Azman, 20 dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik bersyukur dengan kemenangannya.

“Kami tidak mahu mengganggu gugat keamanan, cukuplah kami dukung keamanan itu.

“Saya melihat mahasiswa kadangkala terlalu mengharapkan pihak universiti memberi sesuatu, jadi saya mahu membantu mereka supaya mengubah persepsi tersebut,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Bekas Yang Dipertua JPP sesi 2010/2011 Kampus UiTM Pulau Pinang ini meraih 1,147 undi.

Sebanyak 77.75 peratus mahasiswa yang berdaftar di UiTM Shah Alam membuang undi.

Sesi lalu hanya 75 peratus mengundi.

Tiada ulasan: