Perhimpunan
Agung UMNO tahun ini akan berlangsung dari 27 November hingga 1
Disember depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari
ini.Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perhimpunan lima hari itu
akan dimulakan dengan taklimat presiden pada 27 November diikuti dengan
perasmian perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah
malam.
“Dari
28 November hingga 1 Disember pula akan berlangsung perhimpunan
Wanita, Pemuda dan Puteri manakala pada 29 November hingga 1 Disember
ialah Perhimpunan Agung UMNO,” katanya selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib
juga berkata, sehingga 18 September sebanyak 176 bahagian UMNO sudah
bermesyuarat manakala baki 15 bahagian lagi dijangka berbuat demikian
pada hujung minggu ini.
Perdana
Menteri berkata, Majlis Tertinggi juga menerima syor daripada
Jawatankuasa Pengurusan parti mengenai tatacara penerimaan permohonan
keahlian di peringkat bahagian dan cawangan.
Katanya,
selaras dengan Fasal 5.4 Perlembagaan UMNO, mana-mana borang permohonan
yang diterima ibu pejabat parti tanpa ditandatangani jawatankuasa
cawangan, akan dipulangkan semula kepada jawatankuasa itu dan ia perlu
diselesaikan dalam tempoh dua bulan dari tarikh surat yang dikeluarkan
oleh ibu pejabat UMNO.
“Bagi mana-mana penjawat jawatan yang didapati salah guna kuasa dengan sengaja tidak menerima keahlian, boleh dikenakan hukuman di bawah perkara 8 tataetika ahli.
“Ini untuk
menjamin dasar pintu terbuka Umno dapat dilaksanakan sepenuhnya dan
tiada sesiapa boleh disekat daripada menjadi ahli UMNO,” katanya.
Mengulas sama ada pemilihan parti akan diadakan pada Perhimpunan Agung kali ini, Najib berkata: “Pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum”.
Mengulas sama ada pemilihan parti akan diadakan pada Perhimpunan Agung kali ini, Najib berkata: “Pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum”.
Bagaimanapun,
Najib berkata, Perhimpunan Agung UMNO akan ditunda sekiranya kerajaan
memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu sama.
“Mudah
saja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan
Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila
masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan
teruskan seperti biasa,” katanya.
Ditanya
sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung akan menyebabkan rakyat
terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun
depan, Najib secara berseloroh berkata, biarlah rakyat membuat spekulasi
mengenai perkara itu.
“Saya suka mereka buat spekulasi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan