MALAYSIA KINI
Isu
bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan beberapa individu ketika
perhimpunan Janji Bersih pada sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu
terus menerima kecaman hari ini, termasuk oleh seorang ahli akademik
PERKASA.Prof Datuk Dr Ramlah Adam dipetik dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, Sang Saka Malaya merupakan bendera yang digunakan oleh kumpulan yang menyokong Indonesia Raya, manakala sentimennya dibawa ke tanah Melayu semasa sebelum merdeka oleh Kesatuan Melayu Muda.
Dalam laporan itu, beliau juga menyifatkan golongan yang mengibarkan bendera berkenaan sebagai "pelupa dan jahil sejarah tanah air" kerana rancangan untuk bergabung dengan Indonesia ditolak oleh majoriti orang Melayu pada ketika itu.
"Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju (dengan) perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pemimpin Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling yang berkata, dakwaan mengatakan Sang Saka Malaya adalah bendera asal negara ini merupakan "pembohongan besar" dan juga "sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara".
"Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadimereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya.
1 ulasan:
Adakah Mengibarkan Bendera Khilafah dan Panji Rasulullah SAW Pun Adalah Satu Kesalahan? seterusnya di arrayah.info
Catat Ulasan