HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 September 2012

Usah mohon maaf Sultan Selangor

KL TODAY

 

Ramai orang beranggapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak perlu meminta maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana tidak menjemput baginda ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Negara (peringkat Negeri Selangor) pada malam kemerdekaan yang lepas.

Penulis sendiri bersetuju kerana penulis berpandangan, tidak ada apa yang perlu dimaafkan kerana acara pada malam tersebut memang untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai teraju utama dan tumpuan sambutan, sebelum beliau berarak ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri sebaik pilihanraya umum ke-13 berakhir kelak.

Selain permintaan rakyat yang mahu mendengar beliau berucap mengenai hari kemerdekaan.
Ya itulah yang sebenarnya, kenapa pula kita perlu menafikan dan memindahkan kesalahan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Nawawi - seperti yang berlaku sekarang?

Tidakkah itu nanti hanya akan memburukkan keadaan kerana penulis dimaklumkan, semua orang dalam jawatankuasa sambutan tahu bahawa Sultan Selangor sengaja tidak dijemput untuk memberi laluan kepada Anwar atas arahan kerajaan negeri!!!

Apakah TS Khalid mahu SUK mendedahkan minit mesyuarat bagi membuktikan keputusan memanggil Anwar (bukan Sultan) memang dibuat kerajaan negeri, bukan SUK secara peribadi?

Lagipun tidak ada siapa yang mahu percaya SUK yang diketahui sebagai ejen kerajaan persekutuan untuk menghuru harakan pentadbiran kerajaan Selangor ini mahu menjemput Anwar ke majlis tersebut sebagai tetamu kehormat – mengatasi baginda Sultan yang melantiknya sebagai SUK.

TS Khalid sendiri pun diketahui tidak senang dengan SUK tersebut malah mengharamkannya dari menghadiri mesyuarat Exco yang membincangkan hal-hal tertentu.  Sekarang nak kata SUK yang jemput Anwar datang pula?

Perkara itu bukan sahaja tidak masuk akal, malah boleh jadi bahan ketawa orang ramai.

Penulis rasa dalam hal ini TS Khalid perlu berterus terang sahajalah, tidak perlu nak bermain politik dalam hal yang sejelas ini.  Berterus terang adalah lebih baik kerana ia akan menaikkan lagi martabat kita di mata rakyat.

Selain itu, beberapa orang Menteri Besar Selangor dari BN masih hidup dan bernafas ketika ini.
 Pada bila-bila masa pun, mereka boleh menulis dan mengesahkan apa sebenarnya yang berlaku dalam mesyuarat jawatankuasa sambutan hari kemerdekaan, peranan SUK dan peranan Menteri Besar.

Itu bukan suatu yang baik unuk TS Khalid kerana seingat penulis, sepanjang sambutan hari kemerdekaan diadakan di Selangor semasa dibawah pemerintahan BN, tidak pernah sekalipun Sultan Selangor dikecualikan.  Tapi itu cara mereka, kita cara kita.

Cuma persoalannya disitu, nak tipu macam mana?

Untuk mengurangkan sedikit impak, TS Khalid perlu menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak menjemput Sultan Selangor pada malam tersebut, adalah bagi memastikan martabat dan kedudukan baginda sebagai ketua negeri Selangor sentiasa terpelihara juga.

Sebagai ketua negeri, dari segi protokolnya kehadiran baginda pada sesuatu majlis perlu diberi keutamaan.  Jadi bagaimana pula halnya dengan Anwar kalau baginda hadir?

Sedangkan pada malam tersebut, kehadiran Anwar perlu untuk menaikkan semangat rakyat agar lebih menghargai kemerdekaan melalui ucapannya yang kita tahu mampu mempersonakan sesiapa sahaja yang mendengar!!

Jadi adalah lebih baik baginda Sultan tidak dijemput.Sumber: Suara Pakatan Rakyat

Tiada ulasan: