HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Oktober 2012

AGENDA WANITA MALAYSIA – Siri Akhir

roketkini.com

Dalam usaha mengangkat martabat wanita Malaysia, Pakatan Rakyat telah merangka Agenda Wanita Malaysia untuk menambah daya kekuatan kepada usaha tersebut. Wartawan Roketkini telah menemubual dengan pemimpin-pemimpin wanita parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengungkap apa sebenarnya intipati agenda tersebut. Tokoh ketiga yang ditemubual adalah Sdri. Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai wakil dikalangan wanita muda.

Apakah yang wanita muda boleh sumbangkan dalam Agenda Wanita Malaysia

Yang kita mahukan penglibatan, kerana perbezaan yang besar yang kita mahukan adalah supaya Agenda Wanita Malaysia ini meliputi semua wanita tidak kira yang bekerjaya mahupun suri rumah. Sepatutnya suri rumah ini bukan sekadar perlu disanjung malah bakat mereka serta tanggungjawab dan peranan mereka dalam masyarakat itu patut diberi penghargaan dan pengiktirafan.

Tidak seperti Bajet UMNO-BN, misalnya sasaran untuk melahirkan lebih ramai pengarah-pengarah syarikat. Bagi saya, itu penting tapi jangan lupa secara keseluruhan wanita itu dapat menyertai tenaga buruh dan mempertingkatkan tahap sekitar 46% ke 55%  dalam masa yang terdekat. Jadi saya rasa, jika mereka mampu memberikan kerjasama dan memberikan maklum balas yang kita anjurkan, itu sangat baik.

Jangan lupa, Selangor, Pulau Pinang  negeri Pakatan Rakyat merupakan pelupor kepada cuti bersalin 90 hari, pellupor kepada pemeriksaan memogram dan ‘pap smear’ secara percuma. Jadi, apa yang dilakukan ini adalah kerana kita menitik beratkan wanita dalam hal ini.

Adakah Agenda Wanita Malaysia akan menyediakan sukarelawan yang akan membantu dalam perlaksanaan program

Bagi melaksanakan program ini kita juga ada sukarelawan dari pihak sekreteriat Pakatan untuk memberikan maklum balas bagi menjawab persoalan mengenai sama ada agenda wanita ataupun agenda ekonomi negara. Kami berharap agar dapat bertemu sendiri dengan wanita. Selain itu, kami juga berharap wanita diluar sana dapat mewar-warkan lagi dasar yang dibawa oleh wanita Pakatan Rakyat dan saya pasti ianya akan berkesan sekirannya perlaksanaan yang baik.

Bagimana pula Agenda Wanita Muda yang dikhususkan kepada mereka yang berumur 18-35 tahun yang sudah bekerjaya dan berumah tangga

Pada saya, kerana itu sejak dari awal kita bercakap mengenai masa kerja yang fleksibel, bercakap mengenai cuti 90 hari semua ini memberi impak kepada wanita yang bekerjaya. Tambahan pula, jika adanya tempat jagaan kanak-kanak disediakan disemua bangunan kerajaan, tetapi itu masih belum dilaksanakan. Jadi insentif dan galakkan yang diberikan oleh kerajaan itu saya sokong, tetapi jangan lupa kerajaan tidak melaksanakannya dipejabat kerajaan.

Misalnya di Parlimen, tidak ada tempat jagaan kanak-kanak hanya tempat menyusu, itupun hanya dimuatkan didalam bilik air dan hanya boleh digunakan oleh ahli parlimen sahaja dibenarkan masuk,  bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah ini. Jadi bagi wanita yang bekerjaya di Malaysia ini saya rasa dengan kadar ‘calculative rate’ yang tinggi wajib sangat kita adakan program yang benar-benar boleh memberi impak kepada mereka.

Hakikatnya, kita sendiri yang membawa isu ini, betapa pentingnya untuk kerajaan mensasarkan 30%  wanita disemua lapisan pentadbiran menerusi latihan yang diberikan. Kalau tidak ada wanita yang ada peluang tidak guna kita ada sasaran.

Bagaimana pula matlamat dan harapan dengan Agenda Wanita Malaysia

Saya berharap agenda dapat dimuatkan dalam perlaksanaan (dasar). Kerana itu di Selangor saya memang amat teruja apabila lebih daripada 40%  exco dikalangan wanita. Kita tidak perlu menunggu  5 tahun untuk memikirkan perlaksanaannya, begitu juga di Pulau Pinang, Pengarah bagi Majlis Bandaran Seberang Prai itu seorang wanita. Ia dilaksanakan kerana sudah ramai bakat wanita yang ada tetapi tidak dianggap sebagai satu keutamaan.

Ketika persidangan yang dianjurkan Yb Chong Eng, 3G (Gender Equality, Good Governance) itu saya nampak melibatkan semua bakat wanita tidak kira kerajaan pusat, agensi kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri.

Misalnya, ada tenaga daripada ‘economic planning unit’ kalangan wanita, daripada para akademik yang semuanya membawa satu suara iaitu perlu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membantu wanita. Jadi saya rasakan itu pendekatan yang terbaik.-roketkini.com

Tiada ulasan: