HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Oktober 2012

Mangsa gores rugi RM175,400

MALAYSIA CHRONICLE

MELAKA- Sebanyak RM175,400 kerugian akibat penipuan gores dan menang dilaporkan di negeri ini dari Julai hingga September 2012.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, kerugian itu membabitkan 32 aduan diterima pihaknya dalam tempoh berkenaan.

Katanya, kes terbaru membabitkan seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Isnin lalu di sebuah pasar raya di Cheng, dekat sini, yang diperdaya sehingga kerugian RM3,000.

Menurutnya, jumlah aduan berkenaan termasuk enam kes di Melaka Tengah oleh satu sindiket gores menang dianggotai lima individu membabitkan kerugian kira-kira RM20,000.

“Hasil risikan dan serbuan, lima lelaki berusia 18 hingga 36 tahun, termasuk penyelianya ditahan 16 Ogos lalu dan pihak kami turut merampas 43 keping kad cabutan bertuah dan masing-masing satu tilam jed, dapur memasak dan mesin urut.

“Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan pada hari berkenaan tetapi gagal hadir semula melaporkan diri pada tarikh ditetapkan,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, kelmarin.-myMetro

Tiada ulasan: