Oleh: WFAUZDIN NS
TOK GURU NIK AZIZ telah menghantar surat ucapan terima kasih kepada
Ketua Pemuda DAP, YB Anthony Loke kerana beliau begitu
bersungguh-sungguh membela Mursyidul Am PAS itu di dalam isu aurat
mengikut hukum Islam yang telah dipersendakan oleh pemimpin MCA.
Anthony Loke pula merasa terharu di atas sikap rendah diri Tok Guru Nik
Aziz yang sanggup menghantar surat kepada beliau. Inilah satu pukulan
berbisa buat Umno yang sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan PAS
dengan DAP. Benar kata Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang menyatakan
Parlimen akan lebih cepat dibubarkan sebaik sahaja PAS dan DAP berpisah.
Umno tahu jika PAS dan DAP berpisah, yang mengalami kerugian besar
tentulah PKR. Ini adalah kerana kehilangan DAP tidak banyak menjejaskan
PAS kerana PAS akan banyak bertanding di kawasan majoriti Melayu,
manakala DAP akan menumpukan kawasan majoriti Cina atau camporan.
Kawasan majoriti Cina atau camporan ini adalah kerusi tumpuan PKR.
Ertinya, jika DAP keluar dari PR, maka yang bermasalah adalah PKR yang
mungkin terpaksa bertemu DAP untuk melawan Bn.
Oleh sebab itu, bagi menghancurkan PKR mereka terpaksa pisahkan DAP
dengan PAS terlebih dahulu. Cita-cita mereka paling utama adalah untuk
melemahkan PKR kerana apabila PKR sudah lemah, lebih mudah pula mereka
berhadapan dengan PAS. Pada mereka, kekuatan yang ada pada ketiga-tiga
parti di dalam PR ini amat menggerunkan. PAS kekuatannya terletak pada
kehebatan jentera meraka. DAP pula kekuatannya pada kekukuhan kewangan
manakala PKR memiliki kekuatan dari segi sokongan serta perang saraf
yang hebat.
Justeru itu, satu usaha terancang mesti dibuat sebelum Parlimen
dibubarkan. Kesemua kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam
PR ini harus dimusnahkan. Kerja inj lebih mudah dilakukan jika PAS
tidak lagi bersama DAP. Oleh itu, kita mesti faham taktik mereka dan
jangan kita terperangkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan