Oleh: WFAUZDIN NS
APABILA masyarakat Islam sudah ramai bangkit menentang kenyataan
Presiden MCA, Chua Soi Lek yang menghina Hukum Hudud, maka situasi ini
tentulah tidak menguntungkan buat 'broker' Umno iaitu si Hassan. Ini
adalah kerana semakin ramai masyarakat Melayu Islam di dalam Umno
sendiri mula merasa jauh hati dengan MCA, lebih-lebih lagi pemimpin Umno
di dalam keadaan berpeluk tubuh.
Di Parlimen, kenyataan Chua Soi Lek ini dibantah keras oleh pemimpin DAP
sehingga ada yang menepuk meja membela Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul AM
PAS di dalam isu tersebut. DAP sejak dahulu tidak bersetuju dengan
hukum Hudud, mungkin sezaman dengan Umno yang juga menentang hukum ini.
Tetapi, DAP tidak memperlekehkan hukum berkenaan berbeza dengan Chua
Soi Lek dan beberapa pemimpin mereka, bahkan pemimpin Umno juga begitu.
DAP tidak pernah menyaman hukum Hudud di mahkamah, tetapi sejarah ada
mencatatkan pemimpin Umno dahulu pernah cuba berbuat demikian. DAP
tidak pernah sebut hukum Hudud ini ciptaan manusia bukan dari ajaran
Islam, tetapi pemimpin Umno ada yang berangapan demikian. Hujah DAP
tidak bersetuju dengan hukum Hudud hanyalah berpandukan kepada
Perlembagaan Negara sekarang yang pada DAP masih sekular. Dan, memang
sekular pun.
Apabila MCA memperlekehkan hukum Hudud, manakala DAP menentang cara MCA
itu maka sudah tentu sokongan kaum Cina akan beralih kepada DAP, dan
sokongan kaum Melayu bertambah kepada PR. Sudah tentu keadaan ini
merimaskan si Hassan Jati kerana tugas sebagai 'Broker' Umno akan
bertambah sukar. Umno akan rugi besar apabila kaum Cina menolak sikap
melampau MCA dan kaum Melayu pula menyampah dengan perangai pemimpin
Umno yang suka membisu apabila agama mereka diperlekehkan. Ini
menyusahkan hati si Hassan Jati.
Maka, berbisiklah Syaitan yang dikenali kepada telingan si Hassan.
Bisikan itu mengajar si Hassan Jati mempercayai bahawa MCA dan DAP
membuat pementasan lakonan politik. Kononnya, MCA dan DAP sengaja
mainkan isu ini agar sokongan masyarakat Cina kembali kepada kedua-dua
parti yang berbeza dasar tersebut. Lojikkah apa yang dibisikkan oleh
Syaitan yang dikenali itu?
Jika hanya kerana mahukan sokongan kaum Cina, mengapa 'lakonan' tersebut
tidak dilakukan oleh MCA dan Gerakan sahaja? Bukankah kedua-dua parti
tersebut berada di dalam satu kem Bn? Mengapa mesti bersama DAP yang
terang-terang berbeza dasar perjuangannya dengan MCA? Lupakah kita
sewaktu debat Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng yang lepas,
Chua Soi Lek terang-terang menyebut bahawa MCA berjaya menghalang Umno
dari laksanakan hukum Hudud. Beliau mencabar DAP, adakah DAP berani
berbuat demikian terhadap PAS? Jawapan Lim Guan Eng jelas dan bijak
apabila menyebut bahawa kita di dalam DAP tidak akan mencampuri urusan
agama orang lain sepertimana PAS juga tidak pernah mencampuri urusan
agama orang lain. Bukankah jauh beza pendirian MCA dengan DAP?
Lojikkah dua parti yang berbeza prinsip ini boleh 'berlakon' dan apa
untungnya mereka berlakon apatah lagi disaat kaum Cina kini dikatakan
oleh penganalisa dan bancian iaitu lebih 44% tidak kisah lagi dengan
Hukum Hudud?
Mengapa si Hassan boleh terpedaya dengan bisikan itu? Tidak lain tidak
bukan, hajat si Hassan Jati adalah mengulangi hajat lamanya iaitu Umno
dan PAS mesti bercantum. Kononnya, kaum Cina telah bersatu, kini Umno
dan PAS juga mesti bersatu. Kita mahu beritahu si Hassan Jati, jika
Umno dan PAS mahu bersatu, tidak perlu tunggu MCA dan DAP bersatu.
Sejak dulu lagi patutnya kita boleh bersatu asalkan Umno mahu terima
Islam sebagai asas penyatuan, bukannya kerana Melayu. Umno mesti
berubah dari memijak kepala orang-orang Melayu untuk kepentingan
pemimpin mereka. Negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan
Kedah mesti dibela dan tidak dianiayai. Hentikan perbuatan menfitnah
pemimpin Melayu Islam sehingga ke tahap fitnah jijik dan kotor.
Hassan Jati tidak boleh berfikir jika Umno dan PAS bersatu, maka PKR
akan hilang kawan maka beliau boleh jadi MB Selangor dengan mudah. Jika
itu mimpi beliau selama ini, lebih baik kuburkan Umno secepat mungkin
kerana tanpa Umno, Melayu tidak hilang dan Islam lebih terjamin. Itu
lebih afdhal./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan