Walaupun pihak pembangkang gemar mewujudkan
propaganda namun rakyat sudah mula membuka mata untuk menilai mana janji
yang ditepati atau sekadar menabur janji.
Barisan Nasional telah membuktikan komitmen menjaga kesejahteraan rakyat dengan merentasi batas kaum.
Dengan konsep perkongsian kuasa, BN telah membuktikan ketulusannya dalam memimpin pelbagai bangsa dan agama.
BN juga sedar bahawa bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya dan meneruskan kestabilan, keamanan serta kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara dan segala janji harus ditepati.
Persoalannya, bagaimanakah BN boleh bertahan walaupun berbagai tohmahan dilemparkan bagi memburukkan imej dan reputasinya?
Jawapannya, kerana semua rakyat dapat melihat bukti yang nyata, di mana dari dahulu hingga kini, perjuangan BN adalah demi rakyat dan masa depan negara, bukannya demi individu atau kumpulan tertentu.
Kerajaan BN dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya memahami nadi dan denyutan Rakyat.
Walaupun pihak pembangkang gemar mewujudkan propaganda namun rakyat sudah mula membuka mata untuk menilai mana janji yang ditepati atau sekadar menabur janji.
Seperti yang telah dinyatakan oleh perdana menteri, bukti kerajaan BN telah menepati janji boleh dilihat dengan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan bagi membaiki penyampaian sektor awam.
Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi.
Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi mengimbangi antara keselamatan kebangsaan dan kebebasan individu.
Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia.
Seterusnya, diteruskan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pencen minima dinaikkan, insentif pesara kerajaan diberikan, meringankan beban bakal-bakal haji dengan membenarkan akaun 2 caruman KWSP dikeluarkan bagi menampung kos mengerjakan haji, tambahan 10,000 ahli pasukan sukarelawan polis, dana memajukan kaum wanita, bonus kakitangan awam, durian runtuh warga Felda dan banyak lagi demi meringankan beban rakyat.
Semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik. Kita yakin, masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya yang meneruskan cara berkhidmat atas dasar demi rakyat dan demi masa depan.
Ibarat pepatah Melayu, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, kata seia kata sepakat, setuju sependirian setuju sependapat, kata dibulati kata bertepati, janji termeteri, kejayaan dinikmat”.
Rosnah Abdul Rashid Shirlin adalah Ketua Pergerakan Puteri Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan