HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Oktober 2012

MELAYU MENJADI PENGEMIS!!! Kerana pemerintahan UMNO sejak merdeka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 PASPB

 Semalam mantan Perdana Menteri berkata Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan,

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu di Kuala Lumpur semalam.
Memang benar dakwaan Mahathir tersebut kerana kedudukan ekonomi orang Melayu jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan orang lain khususnya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) tajaan Umno juga gagal meletakkan martabat orang yang ditempat yang sepatutnya. Jangankan 18 %, 10 % pun tidak dicapai. Kedudukan sekarang pun banyak bantu dengan pegangan ekuiti GLC kalau tidak sudah tentu lebih jauh merudum.
Dr Mahathir sengaja menyembunyikan fakta dengan menyatakan bahawa sebab sebenar orang Melayu tertinggal adalah disebabkan orang Melayu berpecah. Dia sengaja mencari alasan sedangkan perkara ini berlaku kerana kegagalan Umno memerintah Malaysia sehingga ekuiti orang Melayu terus merudum. Antaranya sebabnya ialah pengamalan rasuah di kalangan pemimpin Melayu Umno; pengamalan kronisme sehingga projek-projek dibolot oleh segelintir orang yang berada di sekeliling pemimpin Umno; amalan Ali Baba dan sebagainya.

Sikap pemimpin Umno yang menjadikan hanya mereka yang rapat dengan Umno; kaki ampu; perasuah dan sebagainya sahaja yang diberikan peluang perniagaan menjadi antara sebab mengapa orang Melayu mengemis di negara sendiri. Ada orang Melayu yang berkeupayaan; kompeten; berbakat dan hebat dalam perniagaan dinafikan hak hanya kerana mereka bukan kroni Umno.
Janganlah Dr Mahathir hendak mencari alasan mengapa Melayu mengemis hanya kerana perpecahan sedangkan perkara sebenarnya ialah Umno sendiri yang gagal menguruskan ekonomi orang Melayu.Mutaligat

Tiada ulasan: