HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Oktober 2012

BN: K'jaan PR punca harga rumah tinggi di S'gor

Oleh Shawaliah Hadir

Post Pic

SHAH ALAM: Punca kemerosotan jumlah rumah mampu milik dalam lingkungan harga RM35 ribu hingga RM50 ribu didakwa akibat kegagalan kerajaan negeri Selangor menjual tanah kepada pemaju dengan nilai cukai yang rendah, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno, Mohd Isa Abu Kasim.

Beliau menambah, situasi ini dibebankan lagi apabila tender yang dibuka hanya menekan syarikat pemaju untuk menaikkan harga rumah mengikut harga tanah semasa.

"Dulu Barisan Nasional (BN) buat dengan bijaksana dengan menyerahkan tanah kepada pemaju untuk membina rumah kos rendah mengikut syarat dan perjanjian keperluan rumah kos rendah.

"Tapi sekarang ini kerajaan negeri Selangor membuka tender kepada pemaju untuk membina rumah, yang hanya akan menaikkan lagi harga rumah melalui nilai tanah.

"Kerajaan yang untung dalam hal ini kerana harga tanah melalui tender manakala rakyat pula terbeban dengan harga rumah yang tinggi," katanya ketika dihubungi.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim minggu lalu meminta kerajaan Selangor mengemukakan senarai 23,000 rumah kos rendah yang telah dibina sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor pada tahun 2008.

Beliau mendakwa PKNS, anak syarikat kerajaan negeri itu hanya berjaya membina 1,000 unit kos rendah selain mendesak Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyatakan lokasi 25 peratus daripada 23,637 unit rumah yang didakwa telah dibina.

Justeru Isa membuat kesimpulan bahawa kerajaan Selangor lebih mementingkan keuntungan daripada kebajikan rakyat.

"Tapi nampaknya kerajaan negeri Selangor sekarang tidak berkemampuan untuk menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat Selangor tetapi lebih berminat untuk sediakan rumah mahal sahaja.

"Ini tidak mencapai kehendak rakyat yang mahukan rumah yang boleh dimiliki," katanya.

Berdasarkan laman web Penerangan Selangor, kategori rumah mampu milik bernilai RM69 hingga RM100 ribu dengan keluasan 750 hingga 800 kaki persegi.

Tiada ulasan: