HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Oktober 2012

Kes RM10 juta Mohamad Hassan, tiga persoalan perlu dijawab – John Fernandez-

roketkini.com

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan lanjut untuk mendapatkan keterangan saksi luar Negara di bawah Akta 621, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 melibatkan pemindahan wang berjumlah RM 10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Hassan pada tahun 2008.

Demikian antara jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Nazri Aziz kepada  Ahli Parlimen Seremban John Fernandez yang telah beberapa kali di Dewan Rakyat mendesak agar menteri berkenaan menjawap soalan mengenai status siasatan yang dijalankan sehingga kini.

Menurut Fernandez ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini, kes pemindahan RM10 juta Mohamad Hassan ini telah menimbulkan tiga persoalan penting yang menjadi tanda tanya ramai pihak.

“Kita nak tahu dari mana Menteri Besar Negeri Sembilan ini memperoleh RM10 juta tersebut.

“Keduanya, apakah tujuan beliau menghantar wang tersebut ke London dan yang terakhir ialah kepada siapa wang RM10 juta ini diberikan?” soalnya.

Selain persoalan itu jelas beliau, undang-undang negara ini telah menetapkan setiap urusan pemindahan wang ke luar negara yang melibatkan jumlah yang besar perlu melalui prosedur dan kebenaran Bank Negara.

Hasssan sebelum ini didakwa memindahkan wang tersebut pada Mac tahun lalu melalui syarikat Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd. Dan telah disiasat oleh Bank Negara pada 2009 berhubung perkara tersebut.

Rentetan daripada siasatan tersebut, Bank Negara telah membatalkan 20 lesen perniagaan pengurupan wang pada 26 September 2009.

Menurut Fernandez yang juga seorang peguam, sebelum ini beliau telah beberapa kali mendesak isu ini diselesaikan segera dan dijawab di dewan rakyat.

“Pada 20 Oktober 2011, jawapan yang diberi menteri berkenaan ialah SPRM telahpun menyelesaikan siasatannya dan jawapan terakhir pada Mei 2012 lalu, Peguam Negara telah beri arahan untuk siasatan lanjut,

“Saya berharap isu RM10 juta ini dapat disiasat dengan baik dan menjawab semua persoalan yang berbangkit.” ujar beliau.-roketkini.com

Tiada ulasan: