Beliau mendakwa wang berkenaan tidak dimasukkan ke Perbendaharaan semasa beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1990-an.
"Saya sudah nyatakan bahawa wang ini tidak diberi kepada Perbendaharaan. RM207 bilion ini ada sesuatu yang tidak boleh didiamkan oleh kerajaan BN sekarang," katanya.
"Sehingga kini, tiada ada sebarang komen dari perdana menteri atau dari Perbendaharaan berhubung isu ini. Jelas ada kecuaian ke atas kewangan negara," katanya.
Anwar diminta mengulas pendedahan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa kerajaan Jepun membayar pampaasan kepada kerajaan Malaysia pada 1990-an.
Nizar berkata beliau tidak tahu sekiranya wang tersebut masih disimpan kerajaan atau telah diagihkan kepada mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan