Perbincangan
mengenai isu kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng yang mengundang kontroversi baru-baru ini, akan
dibincangkan oleh Majlis Pakatan Rakyat, Isnin ini.
Namun menurut Ketua
Pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini, ketetapan yang
diambil adalah sama seperti sebelum ini yang mana, kalimah ALLAH adalah
hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini.
“…
belum ada usul baru untuk meminda usul lama. Sekiranya ada pandangan
baru, kita akan bincangkan,” katanya pada sidang minggu PKR di sini,
hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini meminta kerajaan membenarkan Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini meminta kerajaan membenarkan Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Permintaan
itu yang disifatkan penganut agama Islam di negara ini sebagai suatu
penghinaan hakikatnya telah pun diwartakan di Pulau Pinang sebagai
antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.
Ia merupakan suatu ketetapan rasmi yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sementara
itu, Anwar ketika ditanya berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang
menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik
amanat beliau, membidas tindakan mufti berkenaan.
“Bagi ruang kepada Hadi untuk beri penjelasan. Kenapa isu tahun 1981, mufti yang hendak buat kenyataan,” selar Anwar.
“Bagi ruang kepada Hadi untuk beri penjelasan. Kenapa isu tahun 1981, mufti yang hendak buat kenyataan,” selar Anwar.
Bahkan
katanya, jika perkara yang membabitkan pemimpin Umno mengeluarkan
kenyataan yang lebih teruk daripada itu bahkan terlibat dengan
perniagaan arak, mufti sebaliknya mengambil sikap berdiam diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan