Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".
Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.
Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.
Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muhammad Nasir Abu Bakar berkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".
"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.
"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya.
Muhammad Nasir (gambar, tengah) juga menegaskan, beliau dan rakan-rakannya yang terlibat mengibarkan bendera berkenaan bukan daripada mana-mana parti politik.
Pengibaran bendera itu menurut Bukit Aman merupakan berbuatan yang bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.
Nasir yang juga salah seorang yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan