HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Januari 2013

Cuba menakutkan Mahathir dengan SPRM? Najib, jangan cuba bergurau!

  Joe Fernandez, Stan Lee, Malaysia Chronicle


Menyampah, jengkel dan jelik. Inilah antara pendapat ramai tentang cadangan terbaru Najib Razak, presiden Umno yang juga pengerusi BN dalam percubaan meminta bantuan SPRM dalam memastikan calon-calon yang akan bertanding dalam PRU ke-13 bersih dari sebarang aktiviti rasuah.

Bekas bosnya yang juga mantan PM Malaysia, Mahathir Mohamad juga tidak memberi apa-apa ulasan tentang cadangan Najib itu. Ini semestinya sesuatu yang tidak baik baginya kerana dia mempunyai agendanya tersendiri.

Anaknya, Mukhriz sebenarnya tidak mempunyai peluang yang begitu cerah walaupun ayahnya dikhabarkan memiliki aset yang bernilai AS $ 44 billion dan AS $ 200 billion dalam bentuk pengaliran keluar wang haram pada tahun yang lalu. Sebenarnya, tidak ramai juga dalam Umno yang memiliki peluang yang cerah untuk menang, lebih-lebih lagi apabila rakyat mula mencemuh cadangan Najib yang dikatakan hanya untuk mengaburi mata dan seperti menganggap mereka adalah anak-anak kecil sahaja.

Cuba menakutkan ‘syaitan’ atau cari cara baik untuk ‘keluar’.


Apakah yang patut dilakukan oleh Najib? Bagi rakyat biasa, Najib dan Mahathirlah yang sepatutnya mengundur diri berikutan kes rasuah besar Scorpene dan skandal pembunuhan Altantuya Shariibu.

Adakah Najib begitu naïf dengan memikirkan jika dia cuba melibatkan SPRM yang sendirinya mempunyai integriti yang dipersoalkan, akan menaikkan imejnya dimata rakyat?

Tidakkah dia tahu bahawa pengundi sudah serik dan letih dengan segala perbuatan rasuah dan rompakan yang tiada berpenghujung oleh Umno-BN? Jadi apakah tujuan Najib? Adakah dia cuba memberi amaran kepada Mahathir dan timbalannya sendiri yang juga terlibat dengan rasuah? Sumber dalam Umno sedang sibuk bercakap tentang Mahathir dan Muhyiddin yang sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib sebelum PRU ke-13.
Najib sedang member isyarat bahawa dia tidak akan menyerah kalah dengan begitu sahaja. Dia akan lawan sehingga habis-habisan.

Mereka yang sedang memerhatikan perkembangan dalam Umno akan tahu tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan sifat Mahathir yang jahat dan Najib yang kurang bijak, tidak ramai yang percaya Najib akan berjaya menakutkan Mahathir. Ia umpama anak kucing yang cuba menakutkan serigala yang jahat.

Paling tidak, ia akan memanjangkan tempoh PM dan isterinya untuk beberapa bulan lagi bagi membolehkan mereka mengundur diri dengan cara yang lebih terhormat. Daripada menamatkan pemerintahannya sebelum PRU ke-13 seperti yang dimahukan oleh Mahathir dan Muhyiddin, Najib mungkin akan memimpin UMNO-BN semasa PRU ke-13 nanti sebelum meletak jawatan sebagai Presiden UMNO semasa pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada 2013.

Mahathir menjalankan ‘pembersihan’ dalam Umno dan calon BN


Mahathir bukan seorang lelaki yang mudah untuk dicabar dan hanya beberapa orang sahaja telah terselamat dalam melakukan demikian. Musuhnya yang paling berjaya dan kekal sebagai ‘masalah’ baginya masih lagi Anwar Ibrahim, bukan Najib. Buat masa ini sehingga PRU ke-13, Mahathir masih baik pada Najib tetapi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja. Ada sebabnya kenapa penulis Barry Wain memanggil Mahathir penyeleweng. Mahathir sememangnya berkuasa di dalam parti dan kini, semua sedang memerhatikan lelaki berusia 87 tahun ini yang sedang memutar-belitkan keadaan demi mengekalkan cengkamannya ke atas Umno dan melindungi kekayaan keluarganya yang begitu besar jumlahnya.

Setelah memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1981, Mahathir memutuskan bahawa pentadbirannya yang ‘bersih, cekap dan amanah’ tidak akan dipenuhi oleh orang yang sedemikian.
Mahathirlah yang memainkan peranan sebagai hakim, juri dan penghukum dalam setiap kes. Tiada SPRM mahupun Agensi Anti Rasuah baginya. Calon-calon tahun ini tidak perlu layak, ini sebenarnya caranya mengeluarkan calon-calon BN yang dilantik oleh mereka yang dilantik oleh bekas penjawatnya dengan orang-orangnya sendiri.

Kebanyakkan ahli Umno dan BN yang mengisi jawatan parti tidak terdiri dari mereka yang dicalonkan dalam pilihanraya. Ini kerana mereka tidak sekufu dengan Mahathir. Bagi menambahkan kemarahan mereka, mereka juga tidak diberikan jawatan dalam kerajaan supaya karier politik mereka terus terkubur. Sebaliknya, calon-calon yang kalah dalam pilihanraya mahupun pemilihan parti mendapat perlantikan dari Mahathir.

Kejam, jahat dan pendendam- inilah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan sikap Mahathir dan seorang lagi ahli politik yang berkuasa di Malaysia, Taib Mahmud, ‘raja’ Sarawak.

Najib pun apa kurangnya, dia dan Rosmah, tidak pernah sunyi dari kontroversi ditambah pula tidak popular. Tetapi, untuk menyelamatkan dirinya, Najib sepatutnya tahu pentingnya bagi Mahathir dan para sekutunya untuk tumbang sebelum PRU ke-13 nanti.

Rejim Mahathir sememangnya kotor, licik dan tidak amanah. Misalnya, dalam buku Barry Wain, The Malaysian Maverick- “Mahathir in Turbulent Times” kajiannya menunjukkan sejumlah AS $100 billion telah lenyap dari perbendaharaan negara Malaysia ketika pemerintahan Mahathir.

Mahathir tikam Hussien Onn dari belakang dan khianati pada Razak


Jika PM Malaysia ketiga, Hussien Onn yang juga merupakan bapa saudara Najib tidak memilih Mahathir sebagai timbalannya, sejarah Malaysia sudah tentu akan berbeza. Hussien telah tersilap pengkiraan hanya kerana memikirkan Mahathir keseorangan dan tidak mendapat sokongan akar umbi akan mampu menjadi pencabarnya. Mahathir, lelaki berketurunan Kerala yang licik, telah berjaya menjatuhkannya dengan merampas kuasa.

Beginilah caranya Mahathir membalas jasa Abdul Razak, ayah Najib yang juga merupakan ipar Hussien yang membawanya semula ke dalam Umno selepas dikeluarkan oleh Tuanku Abdul Rahman kerana menjadi salah seorang dari dalang di sebalik tragedi rusuhan kaum 13 Mei. Dua lagi yang lain merupakan Razak sendiri dan juga Menteri Besar Selangor, Harun Idris yang berjaya memujuk Razak untuk menerima Mahathir semula ke dalam Umno.

Isu yang digunakan oleh Mahathir terhadap Hussien adalah dakwaan isterinya sedang mengawal Petronas dari rumahnya sendiri. DAP telah menerima sebuah dokumen secara misteri yang dipercayai dari Mahathir dengan dakwaan itu serta maklumat bahawa Exxon yang dikatakan mencuri minyak dari perairan laut dalam Malaysia tanpa pengetahuan Petronas. Ketua Setiausaha DAP yang cuba mengenegahkan maklumat itu telah disaman oleh Exxon di mahkamah.

Selepas itu, Mahathir bertindak mengeluarkan segala barangan Hussein di pejabat sepenuhnya apabila Perdana Menteri itu berada di London untuk menerima rawatan perubatan.

Dia juga dilaporkan telah menyebarkan khabar angin tentang kes Petronas / Exxon, serta keadaan jantung Hussein yang sudah ‘teruk’ dan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sekembalinya beliau nanti ‘atas sebab-sebab kesihatan’. Rejim Mahathir suka menyebarkan khabar angin yang kemudiannya menjadi kenyataan kerana ia berasal dari dirinya sendiri.

DAP sebenarnya telah membantu meletakkan Mahathir di kerusi Perdana Menteri, walaupun secara tidak sengaja.

Sekarang, Najib mempunyai peluang untuk membalas dendam bagi pihak Hussein, bapanya dan Tunku dengan memulakan pembersihan sebenar ahli-ahli Umno dan BN yang tidak sepatutnya tersenarai sebagai calon. Tetapi, adakah ini hanya rundingan keluar dengan cara yang lebih baik bagi dirinya dan Rosmah?

Jika Najib berani…


Tetapi jika Najib berani melancarkan serangan balas, maka tujuan utama dia membawa SPRM masuk adalah untuk menghapuskan orang-orang yang tidak berada di kemnya.

Ini termasuk Muhyiddin, yang bersekongkol dengan Mahathir untuk menjatuhkannya. Walau bagaimanapun, berserta SPRM atau tidak, ia akan menjadi sukar bagi Najib untuk menggugurkan Muhyiddin dengan begitu mudah. Dia akan perlu plot yang lebih kompleks tetapi tidak akan ada masa yang mencukupi untuk menjalankannya. Walau bagaimanapun, Najib boleh mendapatkan keadilan puitis dengan mengeluarkan Muhyiddin dan mereka yang bersekongkol dengan Mahathir.

Ia bukanlah idea yang baik bagi Najib untuk menyenaraikan calon-calon BN hanya dengan orang-orangnya. Dia harus memasukkan beberapa orang dari kem Tunku, Hussein, Abdullah Ahmad Badawi, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Ini adalah masa bagi mereka untuk membuat kemunculan semula dan membantu meneutralkan Mahathir yang tidak pernah benar-benar mempunyai sokongan sebenar dari akar umbi dalam Umno.

Mahathir terselamat dengan melagakan Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh bukan sekali tetapi dua. Dia sendiri telah menang tanpa bertanding. Ini adalah satu kemenangan yang dilakukannya tanpa bantuan sesiapa. Jika sama ada Musa atau Razaleigh telah mencabar Mahathir untuk jawatan Presiden Umno pada masa lalu, mereka mungkin boleh menewaskannya.

Mahathir mempergunakan semua dan mengkhianati mereka


Mahathir, setelah menggunakan Musa untuk meneutralkan Razaleigh - membayangkan bahawa Razaleigh tidak akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika dia memenangi kerusi - kemudiannya dia menyebarkan khabar angin bahawa Pentadbiran Mahathir-Musa 2M seterusnya akan menjadi Pentadbiran Mahathir Mohamad 2M. Musa akhirnya meletak jawatan kerana tewas di tangan Mahathir.

Mahathir kemudian membawa masuk veteran politik Ghaffar Baba, seorang lelaki dari akar umbi parti yang kuat dan mempunyai sokongan guru-guru Melayu yang pada masa itu membentuk sebahagian besar keahlian Umno, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ghaffar membantu menarik undi bagi Mahathir sebagai Presiden Umno dalam menghadapi serangan gabungan Razaleigh dan Musa untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Walaupun begitu, Mahathir tidak akan menang jika tidak menerima sokongan undi daripada 30 cawangan haram yang diwujudkan olehnya sendiri.

Sejarah telah merekodkan, Mahathir menggunakan Anwar Ibrahim untuk 'membunuh' Ghaffar Baba. Selepas itu, Anwar pula dipenjarakan atas tuduhan meliwat yang direka-olehnya kerana dia menyedari bahawa Anwar merupakan bahaya besar kepada Umno, orang Melayu dan negara.

Perbuatan Mahathir akan menghantui masa depannya. Ia akan menjadi jelas apabila Najib mengumumkan senarai calon Umno dan BN untuk PRU ke-13 dan kem Mahathir-Muhyiddin mendapati mereka telah dipulaukan begitu sahaja.

Jika Najib bakal mengecewakan mereka, ataupun dia menjadi pengecut dan menyerah kepada kehendak lelaki tua itu dalam pertukaran untuk pemberian lebih masa, mereka tetap kesuntukan masa. Dan ia bukan hanya kerana Mahathir tetapi kerana nama yang sudah menjadi busuk akibat perbuatan pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri setelah beberapa dekad meletakkan kepentingan mereka mendahului parti.

Tidak mungkin sesiapa yang digugurkan daripada kem Mahathir dan Muhyiddin akan diterima oleh Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika ada pun, Pakatan hanya akan mempertimbangkan calon-calon dari kem Tunku, Hussein, Badawi, Musa Hitam, Razaleigh dan Najib yang telah menjangka akan diketengahkan oleh BN tetapi tidak. Harapan bagi mereka ini juga tidak begitu cerah. PR penuh dengan bakat-bakat muda yang lebih menyerlah. Pakatan Rakyat tidak ada ruang untuk mereka! Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: