Kadang-kadang inilah masalahnya, apabila
dapat maklumat yang kurang lengkap sudah canang satu dunia bahawa bukti
yang ada sudah cukup kuat dan untuk untuk membuktikan sesuatu. Ada
kalanya pendedahan sangat baik untuk rakyat, menyelamatkan duit rakyat
dan sebagainya. Tetapi…tetapi adakalanya juga pendedahan yang dilihat
melulu tanpa usul periksa yang betul agak menjengkelkan sebenarnya.
Contoh?
Sekarang
ini isu pampasan RM207 bilion menjadi hangat. RM207 bilion? Ya…..RM207
tidak salahlah angka yang diungkap oleh Datuk Nizar Jamaluddin. Begini
RM207,000,0000,000 begini? Ya….100% tepat. Maknanya bukan satu jumlah
yang kecil. Sangatlah besar.
Datuk Nizar mempersoalkan ke mana perginya duit berjumlah RM207 bilion yang sepatutnya dinikmati oleh kalangan 30,000 ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Kereta api Siam ke Burma 1942-1946
yang mana mereka mendakwa kerajan Jepun telah membayar telah membayar
kepada kerajaan Malaysia sejumlah wang tersebut tetapi malangnya buruh
yang terlibat dalam “tragedi” tersebut tidak menikmati imbuhannya.
Pada pemikiran kami, jika benar
sekalipun pampasan itu memang pihak Jepun ada beri kepada kerajaan
Malaysia, angka RM207 Billion yang dicanang selama ini agak terlalu
besar. Jika 207 Billion yen mungkin masuk dek akal juga dan jika ditukar
kepada matawang Malaysia hanya bersamaan RM7.2 Billion.
Walaubagaimanapun, sebelum itu, ada
baiknya kita perhatikan satu persatu dokumen yang kami perolehi setakat
ini bagi menjawab isu pampasan RM207 bilion. Kami sempat meneliti
laporan berita di Harakah Daily (DI SINI)
dan kami tertarik dengan memo yang mereka lampirkan bersama sebagai
bukti dan menyokong perjuangan mereka menuntut RM207 bilion :
Sudah perhatikannya? Sejak bila
Kementerian kewangan Malaysia (MOF) mempunyai Bahagian Pengeluaran
Bayaran? Anda sendiri boleh membuat di portal Kementerian Kewangan
Malaysia melalui link ini :
Terdapat kemusykilan pada memo tersebut di mana :
- No Rujukan, sepatutnya KK bukannya KKM
- KSP bukannya KSU
- Nama sepatutnya tanpa Datuk
- Ada ejaan yang salah, PERITMBANGAN
Ada bahagian pengeluaran bayaran? Kami
juga tidak pasti bagaimana angka RM207 bilion boleh timbul. Ini kerana
kalau disemak fakta yang sedia ada, timbul persoalan bagaimana Malaysia
yang tidak seramai seramai ROMUSHA boleh dapat RM207 bilion pula.
Andaikata mahu ditolong mereka ini sekalipun, berikanlah angka yang
sepatutnya.
Isu Pampasan RM207 Bilion : Video penjelasan Datuk Nizar Jamaluddin = DI SINI
Jikalau kita baca semula mengenai
ROMUSHA (istilah kepada buruh paksa dari Indonesia) yang diambil oleh
Jepun untuk buat projek-projek Asia Timur Raya, antara 4-10 juta orang
bilanganya yang di hantar ke seluruh indonesia dan negara-negara asia
lain..
- Indonesia asalnya dapat 80 bilion yen ditukarkan USD 223 juta + rundingan semula dapat lagi tambahan menjadi USD 800 juta
- Indonesia dapat USD 800 juta pada tahun 1958, itu pun Jepun bagi dalam pampasan USD 223 juta dalam bentuk geran dan pakej
- Paling tinggi dapat pada Indonesia jikalau diikutkan anggaran nilai 800 juta itu pada indeks 2013 dalam USD7-10 bilion dan jika ditukarkan hanya sekitar RM 21-33 bilion sahaja
- Bagaimana Malaysia boleh dapat lebih daripada mangsa-mangsa ROMUSHA?
- Burma dapat 72 bilion yen ditukarkan ke USD => USD200 juta
- Filipina dapat 198 bilion yen ditukarkan ke USD => USD 550 juta
- Sekali lagi, Malaysia 2.9 bilion yen macamana boleh menjadi USD67 bilion / RM207 bilion?
Sumber asal : http://treaties.un.org/doc/Publication/UNTS/Volume%20683/v683.pdf
Melihat memo yang dilampirkan, apabila
disemak semula di carta organisasi MOF, Jawatan rasmi Datuk Zalekha
Hassan sehinggalah tamat tempoh perkhidmatannya pada Mei 2011 ialah
Ketua Setiausaha Perbendaharaan bukan bahagian pembayaran seperti surat
dedahan yang Nizar Jamaluddin bawakan kepada penuntut wang pampasan
tersebut. Setelah diselidik dan semakan dibuat dengan jelas bahawa
Kementerian Kewangan tidak pernah mempunyai “Unit Bahagian Pengeluaran
Bayaran”.
Secara logiknya…Kami sebenarnya mengikuti isu pampasan RM207 bilion dan memerhati daripada jauh gelagat bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang ini :
- Adakah kalau ada apa-apa urusan sekadar cukup dengan hantar memo sahaja? Sepatutnya Memo hanya terpakai untuk urusan dalaman sahaja. Antara unit/bahagian dalam kementerian. Kalau melibatkan pihak luar mesti menggunapakai surat rasmi letter head kementerian.
- Guna memo untuk jawab surat = bohong
- Nama pegawai ada tetapi jawatan tiada
- Nama bahagian pun sebetulnya tidak wujud
- Kerajaan Jepun sendiri tidak pernah mengaku pernah membuat jumlah pembayaran pampasan seperti yang dicanang selama ini
- Kesimpulannya?
Selepas membaca Twitter Nizar Jamaluddin ini, timbul persoalan seperti di bawah ini dan membuatkan kami tertanya-tanya :
MISC ditubuhkan tahun bila? Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri tahun bila?
Adakah disebabkan Nizar Jamaluddin dan
pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mahu membantu membela kalangan mereka
ini contohnya atas kapasiti politik, secara automatiknya menjadikannya
kepada angka RM207 bilion sekaligus menampak satu kejahatan yang
melampau di mata rakyat.
Koleksi Gambar & Dokumen Penting Isu Pampasan RM207 Bilion
P/S : Seleweng RM207,000,000,000 tidak
sedap bunyinya. Jadi….ambil pendekatan sebut seleweng RM207 BILLION.
Begitu? Apa kata anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan