| Oleh Syed Imran |
M
Seolah-olah sebagai usaha untuk menegak benang basah, Dr Mahathir mencadangkan agar ditubuh RCI bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta 'pendatang asing' di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaya mencapai kemerdekaan.
Nampaknya Dr
Mahathir, seorang pemimpin yang dikatakan bijak dan berwawasan,
terbukti salah apabila dia membandingkan kedua-dua isu yang amat jauh
berbeza itu.
Dr Mahathir
lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa UMNO dan PERIKATAN (UMNO, MCA
dan MIC) sepakat mengenai isu kerakyatan atau kewarganegaraan untuk
membolehkan pihak Inggeris memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. PM
pertama almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak boleh sama
sekali dipersalahkan.
Apakah Dr Mahathir tidak tahu bahawa Tunku melaksanakan syor-syor yang
terkandung dalam laporan Suruhanjaya Reid yang kemudiannya dimasukkan
dalam Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan.
Saya percaya Dr Mahathir sedar yang PERIKATAN turut menghantar
memorandum yang dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan Perikatan (Alliance
National Council) kepada Suruhanjaya Reid termasuk mengenai kelayakan
untuk menjadi rakyat atau warganegara, iaitu melalui perjalanan
undang-undang, melalui jalan pendaftaran atau dengan jalan memohon bagi
mereka yang ada pada tarikh pengisytiharan kemerdekaan patut diterima menjadi warganegara.
Penubuhan Suruhanjaya Reid dituntut oleh PERIKATAN dan direstui oleh
Kerajaan British dan Raja-Raja Melayu. Ia adalah sebuah suruhanjaya
bebas yang dilantik pada bulan Mac, 1956 dengan keahliannya terdiri
daripada Lord Reid, seorang hakim British selaku pengerusi, Sir Ivor
Jennings (United Kingdom), Sir William MacKell (Australia), B. Malik
(India) dan Abdul Hamid (seorang hakim dari Pakistan).
Antara tugas utama suruhanjaya itu ialah memeriksa susunan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang ada dan mengambil timbangan atas
kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan membuat syor-syor bagi
suatu corak Perlembagaan Persekutuan dan soal kerakyatan (rupa bangsa
bagi seluruh Persekutuan).
Pada 28 Mac 1957, UMNO telah mengadakan Persidangan Agung Tergempar
untuk mengkaji dan menghalusi Syor Perlembagaan Persekutuan yang dibuat
oleh Suruhanjaya Reid.
Almarhum Tunku memaklumkan para perwakilan bahawa garis-garis dan
perkara-perkara besar yang telah disetujui oleh ketiga-tiga pertubuhan
politik yang membentuk PERIKATAN (UMNO, MCA dan MIC), iaitu soal Agama
Rasmi Persekutuan, Bahasa, Kerakyatan, Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan
Takhta Kerajaan PersekutuanTanah Melayu (Malaya).
Mengenai Suruhanjaya Reid, almarhum Tunku berkata: "Penyata Reid ini
adalah satu Penyata yang telah digubal oleh sebuah Suruhanjaya di dalam
makna bebas yang sepenuhnya. Suruhanjaya ini telah menimbangkan dengan
sama rata dan dengan tidak berat sebelah. Di dalam pada itu,
Suruhanjaya ini telah memberikan pertimbangan yang berat kepada orang-orang Melayu sebagai tuan punya negeri ini. Kalau
ada apa-apa kekurangan di dalam Penyata dan Syor Perlembagaan itu,
terpulanglah kepada kita untuk membetulkan mana-mana perkara yang patut
dibetulkan. Di dalam Syor Perlembagaan itu ada beberapa perkara yang
mustahak diperbaiki supaya orang Melayu tidak hilang haknya dan
lain-lain tidak teraniaya".
Almarhum Tunku amat teliti dan jauh sekali bersikap "ikut cakap saya"
kerana dia memberi peluang kepada semua pihak memberi pandangan dan
syor-syor yang bukan sahaja melindungi hak dan kepentingan orang Melayu
tetapi menjamin yang rakyat atau bakal rakyat bukan Melayu tidak
teraniaya.
Syor Suruhanjaya Reid mengenai kerakyatan atau kewarganegaraan diterima
oleh PERIKATAN dan Raja-Raja Melayu dan ia dimasukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian 3 KEWARGANEGARAAN - antara
lain kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang, dengan cara
pendaftaran (isteri dan anak warganegara) dan dengan cara pendaftaran
(orang-orang yang lahir di Persekutuan sebelum hari Merdeka.
Oleh itu, apa yang dilakukan oleh almarhum Tunku dan pentadbirannya
adalah selari dengan undang-undang dan tidak boleh disamakan dengan apa
yang dilakukan di Sabah semasa pentadbiran Dr Mahathir.
Cadangan Dr Mahathir agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja
bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta 'pendatang
asing' (lebih tepat pemastautin) di Tanah Melayu sebelum Malaya
merdeka bukan sahaja aneh tetapi seolah-olah untuk melepaskan
tanggungjawabnya atas pemberian kerakyatan kepada pendatang asing dari
Filipina dan Indonesia di Sabah.
Satu demi satu 'pekung' didedahkan apabila mereka yang terlibat dalam
'operasi' di Sabah itu, termasuk beberapa orang pegawai Imigresen yang
pernah ditahan di bawah ISA, memberi keterangan kepada RCI berkenaan.
Mungkin pihak RCI perlu memanggil Dr Mahathir untuk memberi
keterangannya pula.
http://kudaranggi.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan