TERKINI
KUALA
LUMPUR — Keputusan kerajaan untuk menarik semula pengharaman
selama empat tahun ke atas Hindraf untuk memenangi undi kaum India tidak
begitu mudah apabila kumpulan yang kini “halal” itu berikrar untuk
meneruskan tuntutan mereka sebelum pilihan raya 2008 dahulu.
Ini terjadi walaupun ramai menganggap kumpulan tersebut
sudah berpecah kepada beberapa fraksi beberapa tahun kebelakangan ini
semenjak mereka mengetuai perhimpunan lebih 30,000 masyarakat India di
ibu negara pada tahun 2007.
Apabila dihubungi semalam, pemimpin Hindraf mengatakan
penarikkan pengharaman” bukanlah sesuatu yang perlu dirayakan”, kerana
ia hanyalah peringatan tentang kekejaman musuh politik mereka, dimana
hanya dengan satu tandatangan, hak mereka boleh dirampas atau
dipulangkan semula.
“Tidak ada apa yang hebat langsung. Apa yang kami mahu,
apa yang kami perlu cari adalah pampasan. Dan 18 tuntutan sebelum ini..
masih kekal.
“Kita mesti pastikan mereka bayar kembali di atas apa yang
mereka telah lakukan kepada masyarakat India,” kata Penasihat
Undang-undang Hindraf M. Manoharan kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Seorang lagi rakan Hindraf P Uthayakumar mengeluh dengan
tindakan undang-undang selama empat tahun terhadap pergerakkan itu dan
kebanyakkannya masih tertangguh di mahkamah.
“Kami masih ada rayuan yang tertangguh di Mahkamah
Persekutuan pada 5 Mac tentang permohonan Hindraf untuk di’halalkan’…dan
kini kes tersebut sudah menjadi akademik.
“Kami juga mempunyai 54 orang aktivis Hindraf yang didakwa
kerana terlibat dengan perhimpunan organisasi haram…semua itu masih
tertangguh,” katanya.
Dua aktivis tersebut diantara “Lima Hindraf” yang
dihantar ke Kem Tahanan Kamunting dibawah undang-undang yang sudah
dipinda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), percaya perjuangan Hindraf
masih jauh sebelum berakhir.
“Perjuangan masih diteruskan. Sehingga kami melihat
masyarakat India, dilayan sama rata, dilayan dengan adil, ini yang kita
akan lakukan.
“18 perkara kami… Saya secara peribadi tidak akan berkompromi dengan tuntutan ini,” kata Manoharan yang juga ahli DAP.
Diantara kunci kepada tuntutan ini adalah hak dan peluang
samarata kepada semua kaum di Malaysia dan meminda Artikel 153
Perlembagaan Persekutuan, yang menggariskan hak dan kedudukan istimewa
orang Melayu.
“Jadi jika kerajaan melakukan ini, mencabut pengharaman
untuk bermain politik, untuk bermain dengan sentimen masyarakat India.
Apa yang kami mahukan adalah hak asas kami,” tambah Manoharan.
Disisi lain pemimpin Barisan Nasional (BN) kelihatan
bersungguh-sungguh menggunakan penarikkan pengharaman terhadap Hindraf
pada malam sebelum Thaipusam dan beberapa bulan sebelum pilihan raya
untuk keuntungan mereka.
Langkah tersebut boleh menjadi inspirasi kepada mereka
yang menyokong Hindraf sebelum ini untuk kembali menyokong BN kerana
pentadbiran Najib dilihat mengambil berat dan menunaikan permintaan
mereka.
Setiausaha Agung MIC Datuk S Murugessan mengatakan sama
ada halal atau tidak, Hindraf terus beroperasi seperti pertubuhan haram
dan hasilnya, pergerakkan tersebut bukanlah sekuat dahulu.
“Dengan fakta ianya sudah berpecah banyak kali dan pemimpinnya tidak boleh bersetuju dengan banyak isu,” katanya.
Sesungguhnya, dalam Hindraf atau lebih dikenali sebagai
Hindu Rights Action Force, banyak yang telah berlaku selepas pergerakkan
tersebut memimpin lebih 30,000 kaum India yang marah berarak menentang
kerajaan beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008 yang bersejarah.
Kumpulan tersebut dilihat berpecah, dengan sesetengahnya
menyertai Parti Makkal Sakhti Malaysia (MMSP), yang menyokong BN dan
selebihnya menyertai parti Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP dan PKR.
Hindraf sendiri kelihatan mengecil dan terima kasih kepada
penarikkan semula pengharaman, kumpulan tersebut kembali meneruskan
perjuangan mereka.
Bagi Murugessan dari MIC, apa-apa perjuangan untuk hak
kaum India dialu-alukan selagi ianya tidak melampai batas dalam negara
pelbagai kaum dan agama ini.
“Sesetengah perkara diperjuangkan Hindraf bertindih dengan sasaran MIC.
“Tentang itu, kami bersetuju dengan mereka. Tetapi MIC
mempunyai cara sendiri walaupun tidak dramatik, akan tetapi mementingkan
kepentingan negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan