“Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang
dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan Polis dan jika
didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan
tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata Datuk Mohamed
Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.
Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia
1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar
berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati
bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita
tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang
ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu gugat keselamatan negara,
kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan
ekonomi masa kini,” kata beliau lagi. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan