KL TODAY
KUALA LUMPUR: Ketua Ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin yakin, tidak ada sebarang kes jenayah berlaku antara beliau dengan Bank Islam. Oleh itu, beliau terkejut apabila mengetahui ada laporan polis dibuat terhadap beliau oleh kakitangan Bank Islam.
KUALA LUMPUR: Ketua Ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin yakin, tidak ada sebarang kes jenayah berlaku antara beliau dengan Bank Islam. Oleh itu, beliau terkejut apabila mengetahui ada laporan polis dibuat terhadap beliau oleh kakitangan Bank Islam.
“Saya
ingin menjelaskan, dakwaan yang terkandung dalam laporan polis yang
dibuat oleh majikan saya tidak mengandungi sebarang kesalahan jenayah.
“Paling
kuatpun hanya isu sivil yang kini tertakluk kepada Siasatan Dalaman
(DI) antara majikan dengan saya,” kata Azrul dalam kenyataannya.
Beliau yang kesal dengan laporan polis itu menyifatkan kes ini tidak sepatutnya menjadi kes polis.
“Saya tidak nampak mengapa kes ini menjadi kes polis.
“Isu ini yang dibesarkan kepada yang tidak sewajarnya adalah satu taktik untuk mengugut dan gangguan ke atas saya,” kata Arzul.
Bank
Islam membuat laporan polis terhadap ketua ekonomisnya Azrul Azwar
Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat
tanpa kebenaran.
Laporan
oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu
mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank
tersebut.
“Encik
Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut
telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak
berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran,” dakwa Jamilah.
Dalam
laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin
dokumen “sulit dan sensitif” terbabit dan menghantarnya melalui emel
kepada pihak terbabit.
Media
Singapura sebelum ini membuat laporan, Azrul dalam analisanya
meramalkan Pakatan Rakyat akan menang tipis dalam pilihan raya umum
nanti.
Ekoran itu, Bank Islam telah menggantung Azrul dari tugasnya dan Siasatan Dalaman dijalankan ke atas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan