Jangan
beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri
walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara
dimusnahkan.
Itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin
hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April
depan.
Beliau
yang memerintah negara selama 22 tahun, berkata Anwar tidak boleh
diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan
membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan.
Jangan beri peluang
Dr
Mahathir menegaskan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar akan
menggunakan apa saja bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak
kembali berkuasa, malah pegawai kerajaan akan digunakan untuk
‘gemparkan’ bagi menakutkan sesiapa saja yang cuba mengubah kembali
kerajaan.
“Sekarang
ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan
kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut
pengkritiknya.
“Kuasa
lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme
akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya dalam
entri terkini bertajuk ‘Perubahan’ dalam blog chedet.cc semalam.
Justeru, Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998.
Ancaman muflis
“Bank dan
syarikat berdepan ancaman muflis kerana hutang tak berbayar. Kos
import meningkat, begitu juga kos hidup. Rekod Menteri Kewangan ketika
itu amat teruk dan mempunyai kecenderungan mendakwa kejayaan individu
lain sebagai kejayaannya. PNB (Permodalan Nasional Berhad), UIA
(Universiti Islam Antarabangsa) dan Perbankan Islam adalah sebahagian
dakwaan itu.
“Sekarang
sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan.
Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan?
Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan
menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun,” kata Mahathir.
Jangan terpedaya
Beliau
juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji perubahan
yang dicanangkan pakatan pembangkang untuk memerintah negara.
Katanya,
mereka hanya meniru janji perubahan yang dibawa Barack Obama dalam
kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menarik sokongan pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan