Ceramah berkaitan dengan video yang
bakal anda saksikan sebentar lagi berlaku melibatkan pelajar sekolah
Pandan Indah. Pandan Indah ini terletak di Selangor di bawah Parlimen
Pandan yang mana dikatakan bakal menemukan calon PKR (Rafizi Ramli)
dengan calon MCA (Ong Tee Keat). Video ceramah yang disampaikan pegawai
BTN ini bertajuk “Anwar ibrahim Pengkhianat Negara“….
Kalau di Universiti sudah ada yang cukup umur dan layak mengundi. Tetapi disebabkan adanya AUKU (KLIK SINI),
tidak boleh berpolitik. Tetapi yang peliknya kejadian di bawah ini
melibatkan pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah yang terang-terang
tidak layak mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 13.
Ceramah Pegawai BTN : Video Anwar Ibrahim Pengkhianat - LIHAT DI SINI
Kandungan Ceramah Pegawai BTN Bertajuk Anwar Ibrahim Pengkhianat Negara
- Dahulu hanya mempunyai 1,500 pusat hiburan, kedai judi dan tempat minum arak berlesen dan tidak berlesen dizaman BN akan tetapi apabila PR mengambil alih, ia meningkat kepada lebih 5,000.
- Bukti, kerajaan Pakatan Rakyat tidak Islamik dan berbohong kepada rakyat serta tidak menunaikan janji-janji mereka semasa pilihan raya 2008.
- Pelajar-pelajar yang hadir dalam ceramah tersebut disaran memaklumkan kepada ibubapa maisng-masing bahawa kerajaan Pakatan rakyat ini telah menipu rakyat negeri Selangor
- Pelajar-pelajar juga disaran memberitahu ibubapa mereka agar ke pejabat kerajaan tempatan dan menuntut mereka menutup semua pusat hiburan dan perjudian di negeri terkaya itu.
Kami tidak pasti pegawai BTN yang
menyampaikan ceramah politik di atas sedar atau tidak peringatan Datuk
Seri Najib Razak supaya bidang pendidikan tidak dipolitikkan seperti
laporan berita Bernama di bawah ini :
TUMPAT 20 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan.Najib berkata, biar apa sahaja andaian pembangkang terhadap usaha kerajaan itu, namun kerajaan tetap berpendirian pendidikan adalah untuk melahirkan generasi yang berpegang pada keimanan dan ilmu yang tinggi.“Inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan, ada kata ia sistem kebangsaan tetapi pengisiannya adalah untuk melahirkan anak bangsa yang beriman dan berilmu.
Kalau ikutkan peraturan Kementerian
Pelajaran Malaysia metapkan pelajar sekolah tidak dilibatkan dengan
aktiviti politik. Persoalannya, bagaimana pegawai BTN ini boleh
dibenarkan? Apa kata rakyat Selangor dengan apa yang berlkau di Selangor
ketika ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan